Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Penampakkan Objek Busuk Di McDonalds Kulim

Imej
Ya, kali pertama Belalang bertemu pengalaman begini di restoran makanan segera. Bukan salah pekerja McDonalds (McD) Tersebut tetapi mungkin pelanggan yang masih belum mampu berfikir dengan matang. Apa yang Belalang merepek ni? sengaja mahu buat anda tertanya-tanya sebentar. Hehehe... Ok mari Belalang ceritakan perkara ini dari mula sampai habis ya. Sebaik sahaja tamat siaran langsung bola sepak diantara Kedah menentang T-Team semalam, Belalang, Mrs.Belalang dan Belalang Jr. bersiap-siap untuk keluar makan. Setelah berbincang seketika mahu makan di mana, kami putuskan untuk makan di McD Kulim. Ini kerana kami berdua mahu beri peluang kepada Belalang Jr. untuk bermain-main dalam tempat permainan yang ada di dalam McD. Kami kasihan kepada Belalang Jr. kerana sepanjang hari hanya terperap di kedai bersama-sama kami sedangkan budak-budak lain sebayanya bermain-main di taman atau berlari di padang rumah bersama rakan-rakan. Dipendekkan cerita setelah mengambil meja berhampiran tempa

Dibenarkan Keluar Dari HSAH

Imej
Kelmarin ketika melihat keadaan Ayah di wad, Belalang jangkakan Ayah mungkin akan ditahan lebih dari sehari. Kaki dan tangan Ayah sebelah kanan begitu sejuk dan pergerakannya juga sangat lemah. Ayah juga memberitahu tangan dan kakinya tidak dapat merasa apa-apa sekalipun dicubit. Hari ini tengahari tadi sekali lagi Belalang melawat Ayah di wad. Sememangnya kesihatan Ayah kelihatan bertambah baik jika dibandingkan kelmarin. Ayah sudah mampu mengangkat tangan melebihi paras kepalanya. Dan petang tadi Mrs.Belalang menerima panggilan telefon dari Mak yang menemani Ayah sejak kelmarin di wad. Alhamdulillah Ayah mertua Belalang sudah pun dibenarkan keluar dari wad pada petang tadi. Terima kasih kepada yang meninggalkan komen mendoakan cepat sembuh kepada Ayah Belalang di entry ini . Harapnya Ayah akan lebih menjaga kesihatannya selepas ini terutama dari segi pemakanan dan mungkin juga boleh berkira-kira untuk bersara dari menjadi seorang perokok. Hehe... Terima kasih kerana membac

Ke Hospital HSAH | Doakan Semua Selamat

Dalam lingkungan pukul 11 pagi tadi Mrs.Belalang menerima panggilan dari kampung. Panggilan tersebut dari adik Mrs.Belalang memaklumkan yang ayah dikejarkan ke hospital kerana sebelah badan kanan tiada tindak balas atau dalam bahasa mudah tak boleh digerakkan. Sebelum ini Mak ada ceritakan yang Ayah tidak begitu sihat sejak kebelakangan ini. Sebelum ini Ayah pernah juga masuk wad tapi masih belum pernah jadi seperti ini. Berdebar-debar juga Belalang dan Mrs.Belalang bila mendapat tahu keadaan Ayah begini sebentar tadi. Dari Hospital Baling, Ayah telah ditukar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani (HSAH). Berita terbaru yang kami berdua dapat tahu Ayah masih sedang diperiksa oleh doktor-doktor di Hospital HSAH. Keadaan sebenar masih belum dapat dipastikan. Belalang masih lagi di Kulim dan sedang bersiap-siap untuk melawat Ayah. Selepas mengambil Mama dan Abah Belalang di sini, kami akan terus perjalanan ke Hospital untuk melihat perkembangan Ayah. Harapnya semua baik-b

Cadangan Nama Bayi Sop

Imej
Teringin pula rasanya Belalang mencuba nasib dalam peraduan 'Cadangan Nama Bayi Sop' yang dianjurkan oleh blogger gnesop atau lebih mesra dengan panggilan Sop dikalangan rakan blogger. Selain dari hadiah berupa domain, yang menariknya peraduan ini adalah nama bayi yang kita cadangkan itu sekiranya menang, Sop akan gunakan untuk anak perempuannya yang bakal lahir. Menarik tu. Ok, nama yang Belalang cadangkan kepada Sop seperti di bawah- Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Anak Sop yang bakal lahir nanti tentu seusia dengan anak Belalang yang akan lahir tahun ini juga. Yang membezakannya hanyalah bulan kelahiran. Anda mempunyai nama menarik yang ingin dicadangkan juga kepada Sop? Kalau begitu klik sini atau banner di atas untuk melihat syarat-syarat penyertaan . Belalang doakan semoga kelahiran bayi perempuan Sop itu nanti, akan memurahkan rezeki Sop sekeluarga kelak. Terima kasih kerana membaca...

Video Tikus Berlari-lari Dalam Bungkusan Roti McDonalds

Kata orang 'jangan nilai sesuatu hanya dari luaran'. Tepat sekali ungkapan itu sebenarnya. Rasanya ia memang sesuai ditujukan kepada restoran-restoran makanan segera yang bersepah di muka bumi ini. Nampak kemas dan teratur, namun hakikat dari pada itu semua tersimpan 1001 kisah yang jijik dan meloyakan. Ya, bukan semua cawangan yang pekerjanya bekerja sambil lewa dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Namun disebabkan seorang atau satu cawangan yang mengabaikan kebersihan seperti ini, ia boleh memberi kesan kepada jenama syarikat tersebut. Eh, melalut panjang ya amat la pula rasanya. Sebenarnya point Belalang hanya nak kongsikan video mengenai tikus yang dilihat berlari-lari dalam bungkusan roti McDonalds. Kejadian ini bukanlah berlaku dalam Malaysia, namun sedikit sebanyak menimbulkan keraguan kita juga tentang kebersihan McDonalds. Dah tengok video di atas? harapnya ia tidak berlaku di bumi bertuah Malaysia kita. Belalang yakin dan percaya, orang-o

T-shirt Eksklusif 'WootMedia' Untuk Blogger

Imej
~Blogging Is My Hobby & My Career~ Ayat yang sangat bermakna rasanya kepada seorang blogger. Blogger ini bermacam. Ada yang berblog dengan tujuan suka-suka atau hobi dan ada juga yang berblog kerana blog sememangnya punca pendapatannya samada sepenuh masa atau sampingan. WootMedia.my ingin memberikan 20 helai t-shirt seperti di atas kepada blogger-blogger yang terpilih. Untuk melayakkan anda dipilih diantara 20 blogger yang bertuah itu, ada beberapa syarat yang mesti dipatuhi. Syarat-syarat tersebut tiadalah susah mana pun. Jika kawan-kawan blogger lain teringin uga untuk memiliki t-shirt eksklusif 'WootMedia' ini, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama mencuba nasib. Klik di sini untuk ke WootMedia dan juga membaca syarat-syarat penyertaan . Terima kasih kerana membaca...

Video Lelaki Berbogel | 18SX

Imej
Agak tak boleh belah tajuk yang Belalang letak tu. walaupun memang video yang akan Belalang kongsikan ini memaparkan gambar lelaki berbogel, namun rasanya ia tak adalah sampai 18SX. hehehe Video lelaki pencuri berbogel ini datangnya dari negara jiran kita. Jika di Malaysia, Belalang yakin kita akan panggil orang seperti ini sebagai 'orang minyak'. Malas la nak cerita panjang, terngok sendiri la video di bawah ini- Selamba betul jalan-jalan bogel macam tu kan? hahaha...

Pengalaman Pertama & Review Filem Seefood

Imej
Dah banyak hari Belalang dan Mrs.Belalang berkira-kira untuk membawa Belalang Jr. menonton filem animasi 'Seefood' ini. Memandangkan Belalang Jr. memang suka sangat dengan ikan (selain kucing) jadi kami berpendapat filem animasi ini sangat sesuai untuknya. Kepada sesiapa yang tak tahu filem apakah 'Seefood' ini, sila lawati blog Belalang satu lagi untuk membaca sipnosis dan menonton trailer 'Seefood'. Klik sini untuk ke sana . Sebenarnya ini juga pengalaman pertama Belalang Jr. menonton filem di panggung wayang. Kami berdua pun masih belum tahu apakah reaksi pertama Belalang Jr. apabila melihat skrin gersasi dan berada dalam bilik yang gelap serta bunyi yang menggegarkan selama 2 jam lebih itu. Harap-harap Belalang Jr. tak buat perangai :)  Susah betul nak tangkap gambar budak ni. Diam tak sampai 10 saat! Alhamdulillah Belalang Jr. tak buat perangai yang teruk-teruk sangat. Cuma sewaktu babak cemas di akhir-akhir filem ini, dia menangis sebab takut denga

Lelaki Atau Perempuan?

Hari Isnin yang lalu Mrs.Belalang ke klinik kesihatan Kulim kerana sudah punyai temu janji untuk memeriksa kandungan. Kebiasaannya temu janji di sebelah pagi. Tapi kali ini misi bertugas telah merekodkan supaya datang pukul 2 petang. Sebenarnya bulan ini usia kandungan Mrs.Belalang dah masuk 5 bulan. Pemeriksaan kali ini selain daripada pemeriksaan biasa seperti tekanan darah, berat badan dan lain-lain lagi, kami juga sudah boleh mengatahui jantina baby kami! wah, part ni yang paling menyeronokkan. Belalang tidak bersama-sama menemani Mrs.Belalang di klinik. Ini kerana masih ada kerja yang perlu Belalang siapkan. Jadi selepas hantar Mrs.Belalang ke klinik, Belalang terus ke tempat lain dan hanya tunggu SMS dari Mrs.Belalang. Pukul 4 petang barulah Belalang terima SMS dari Mrs.Belalang yang menyatakan sudah siap semua pemeriksaan. Ketika menaiki kenderaan untuk ke kedai kami, Belalang pun bertanyakanlah keputusan scan jantina baby tadi. "baby perempuan"... Muram sedi

Projek 100 Bloggers | Bro Framestone

Belalang tertarik dengan projek yang sedang dijalankan oleh salah seorang rakan blogger yang namanya sangat gah dalam atmosfera dunia blog Malaysia iaitu Bro Framestone. Bro Framestone sedang menjalan satu projek yang diberi nama 'Projek 100 Bloggers' . Tahniah Bro Framestone kerana menjayakan satu projek yang bagi Belalang sangat hebat ini. Walaupun Belalang tidak cuba untuk mengambil bahagian dalam projek ini (tak lepas beberapa syarat), namun Belalang rasa mahu juga support projek ini. Kepada yang berminat untuk menyertai, sila-sila terus ke blog Bro Framestone . Baca syarat-syarat yang ditetapkan. sekiranya anda layak menyertai, Belalang syorkan supaya jangan lepaskan peluang ini. Rugi sekiranya anda layak tetapi tidak mahu mencuba nasib. Peluang baik begini sepatutnya jangan lepaskan. Sampai di sini dahulu. Terima kasih kerana membaca...

Miza Azura Tersingkir | Betul-betul Pilih Kasih Ke?

Imej
Seperti biasa pada malam Ahad keluarga Belalang tak pernah lepaskan untuk menonton pentas Pilih Kasih (PK). Tujuannya adalah untuk memberi sokongan dan juga melihat Miza Azura Membuat persembahan. Namun langkah Miza Azura dalam PK terhenti sampai di sini saja apabila Miza diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu ini. Agak terperanjat juga kami semua apabila nama Miza diumumkan tersingkir kerana sebelum ini Miza tidak pernah berada pada kedudukan 3 terbawah. Namun seperti juga Miza, kami yang selama ini menyokongnya juga menerima dengan akur keputusan penyingkiran itu. Cuma agak terkilan kerana ada beberapa sebab yang kami rasakan seolah-olah PK menipu mengundi-pengundi peserta mereka. nak tahu tipu yang macam mana? baca tulisan dalam print screen ini- Sekiranya benar bagai yang didakwa, sememangnya kami termasuk Belalang yang menghabiskan duit mengundi peserta PK telah ditipu oleh PK. Untuk apa dibuat format undi sekiranya segala keputusan terletak di tangan Rosyam?

Akhirnya Belalang Jr. 'Terlupa'

Imej
Masih lagi kisah berkaitan dengan Belalang Jr. yang keluar wad. sebenarnya Belalang dan Mrs.Belalang agak risau dengan Belalang Jr. Apa Yang dirisaukan? Tengok gambar bawah ni- - - - - - - - Ya, Belalang Jr. masih lagi tak boleh berenggang dengan putingnya walaupun umur sudah hampir cecah tiga tahun. Naik runsing juga kami berdua fikirkan bagaimana mahu hentikan dia daripada terus ketagih dengan puting. Kita bukannya sentiasa boleh pantau pergerakkan anak-anak kita. Mungkin ada masanya puting tersebut jatuh atas lantai, tanpa basuh atau apa dia terus saja sumbat ke mulut. Kan ke tak bagus tu. Tapi mujur la semenjak dia keluar dari wad, sampai ke hari ini dia tak hisap puting lagi. Sememangnya dia cari juga puting dia. Tapi Belalang dan Mrs.Belalang memang tak mahu beri. Biar dia biasa begini dan alhamdulillah nampaknya berjaya. Lepas ni adik kepada Belalang Jr. pun rasanya nak cuba sedaya upaya untuk tidak ajar beri puting. susah tau kalau anak hisap putin