Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Akhirnya Mak & Bapa Yang Lebih-lebih

Imej
Kereta Belalang yang sakit masih belum dibaiki. Tetapi dah aturkan bila mahu diketuk dan cat semula. Mungkin esok dan harapnya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Lupakan seketika mengenai masalah yang melanda baru-baru ini. Hari ini Belalang dan Mrs.Belalang nak riadah rehatkan diri di rumah. Pagi Tadi Belalang temankan Mrs.Belalang ke Klinik untuk pemeriksaan kesihatan kandungan. sekarang ni usia kandungan Mrs.Belalang dah nak masuk 7 bulan dah. Selesai urusan di klinik kesihatan, seperti Belalang tulis di atas tadi kami ke bengkel kereta pula. Dua urusan telah selesai. Kini tiba 1 lagi urusan yang Belum selesai. Sebenarnya sudah beberapa hari Belalang mencari batu-batu sungai. Nak tahu untuk apa? Cuba lihat gambar di bawah ini- - - - - - -   Ingat lagi pada entry Belalang mengenai anak kura-kura milik Belalang Jr. yang kami beli dahulu? Entah apa kena, akhir-akhir ini rasa seronok pula membela dua ekor kura-kura ini. Semuanya berpunca apabila Belalang mencar

Malang Berbau Asap Lori

Imej
Malang berbau asap lori. Ya, itulah yang telah berlaku ke atas Belalang. Itu la orang selalu cakap. Benda kalau nak jadi, pusinglah macam mana pun ia tetap akan jadi. Dalam kes Belalang ni, siapalah yang nak sangka kereta yang elok-elok ada dalam laman rumah sendiri telah dilanggar belakang oleh sebuah lori. Sungguh luar biasa. Cis! - - - - - - - - Kereta Evo 5.0 Belalang yang kemik akibat dilanggar lori yang mahu buat pusingan U Tengok tu, habis jahanam belakang kereta ku yang gebu itu di rempuh dek lori yang silap masuk jalan mahu hantar pasir. Kebetulan semasa kejadian berlaku, Belalang baru sahaja masuk ke bilik mandi nak siap-siap ke kedai. Baru sahaja nak cebok air, Mrs.Belalang jerit panggil cakap kereta kena langgar. Nasib baik yang memandu lori tersebut adalah pemilik lori itu sendiri, bukannya kuli kedai hardware tersebut. Melihat Mrs.Belalang yang dah start cakap tinggi-tinggi suara, tokey tu awal-awal lagi cakap dia akan bayar semua kos baik pulih. Tadi

Wonder Pets Terbaru Di Rumah Belalang

Imej
Dalam rumah Belalang ni ada satu akuarium dimana adalah 2 - 3 kerat ikan yang Belalang bela di dalam ni. Ikan biasa-biasa saja. Sekadar merehatkan mata dengan mendengar bunyi air mengalir dan liuk-lentok ikan berenang. Orang kata terapi mata, ye ke tidak Belalang pun tak pasti. Sebenarnya akuarium ini asalnya ada filter penapis air. Tujuannya supaya air sentiasa kelihatan bersih tanpa kotoran (sesuai untuk orang malas macam Belalang). Tapi entah apa sebab Belalang biarkan sahaja filter itu tak berfungsi. Belalang hanya gunakan gas ikan yang biasa. Jadi pada hari Selasa (10 April) baru-baru ini Belalang nekad mahu menggunakan kembali filter penapis air. Tak tahan dah tengok ikan-ikan tu buat muka sedih sebab tinggal dalam air kotor. Bersama Mrs.Belalang dan Belalang Jr., kami pun menujulah ke kedai ikan. Kalau di Kulim ni, kedai Azam Akuarium sangatlah terkenalnya. Dia dah ada beberapa cawangan kedai ikan yang diusahakannya sendiri. Belalang ke kedai asalnya yang terletak di Kela

Mahu Delete Account FB Arwah

Imej
Ingat lagi pada entry Belalang bertajuk 'Gambar FB | Kurangkan Beban Dosa Arwah' ? jika belum pernah membaca, sila klik pada tajuk itu untuk membacanya. Hari ini Belalang terjumpa lagi dengan hal yang hampir sama seperti itu. Dikatakan pemilik FB ini baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tak lama selepas itu ibu arwah bermimpi yang arwah datang merayu-rayu supaya akaun FB nya ditutup memandangkan terlalu banyak gambarnya yang tidak menutup aurat menjadi tatapan umum. Link FB arwah juga disertakan supaya mudah kepada sesiapa yang membaca kisah tersebut menekan butang report/block supaya akaun FB arwah akan di delete oleh pihak FB. Sedih Belalang apabila membaca kisah tersebut. Ajal datang tidak mengira tua atau muda, tidak kira lambat atau cepat. Jika ditakdirkan sekejap lagi ajal datang menjemput kita, maka pergilah kita mengadap-Nya dengan berbekalkan apa yang ada. Kita tidak dapat tangguhkan ia walaupun sesaat. Cada