Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Nyonya Tua Pada Pukul 3 Pagi

Imej
Gambar hiasan. Carian Google "Kawasan ni kalau hang mai pukul 12 tengah malam, hang boleh jumpa sorang orang tua dok jalan sorang-sorang. Orang tua tu penjaga kawasan ni" Kata-kata seorang kawan baik Belalang ketika zaman sekolah dahulu. Kisah itu telah diceritakan oleh sahabat Belalang hampir berbelas tahun lalu. Hingga ke hari ini setiap kali melalui kawasan perumahan yang diceritakan oleh sahabat Belalang tersebut, otak Belalang akan kembali berputar teringat pada kisah itu. Bukanlah takut atau apa, cuma terfikir juga benarkah apa yang diceritakan oleh kawan Belalang tentang hal itu? Atau hanya sengaja diada-adakan untuk menakutkan Belalang? Ya, itu yang sering Belalang fikirkan.  "Tipulah cerita tu... aku dok lalu jalan ni puluh-puluh tahun dah, tak pernah jumpa apa-apa pun"... Ahad yang lepas, Belalang melalui jalan tersebut untuk menghantar kakak dan anak-anaknya pulang ke rumah setelah kami keluar makan malam bersama. Jam menunjukkan hampir ke pukul 3:

Penamat Cerita Pukul Orang Jahat Tak Salah!

Imej
  Masih ingatkah anda dengan gambar di atas ini? Belalang pernah menulis satu entry berkaitan denga berita dan gambar di atas ini. Kepada yang belum membaca, sila rujuk kembali entry itu dengan klik tajuk ini, Pukul Orang Jahat Tak Salah! Belalang mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan juga pembaca yang sudi meninggalkan komen dan pendapat dalam entry itu. Walau pendapat kita berbeza, namun Belalang menerima pendapat-pendapat itu. Sekurang-kurangnya ia membuatkan Belalang berfikir apa yang Belalang tak terfikir sebelum ini. Terpanggilnya Belalang untuk kongsikan lagi cerita mengenai hal kecurian itu kerana satu komen yang Belalang terima di blog SBT. Komen yang membuatkan Belalang teringat kembali pada entry Belalang yang lepas itu. Klik untuk besarkan gambar Seorang pembaca telah meninggalkan komen yang berbunyi begini- mei16....aku dpt berita drp kwn aku mgatakn budak yg pecah tabung masjid ni dah meninggal dunia krn kecederaan teruk di bhagian kepala dan orga

Tragedi 13 Mei 1969 | Apa Yang Terjadi Pada 13 Mei?

Imej
13 Mei satu tarikh yang sering disebut oleh media tak kira elektronik mahu pun akhbar-akhbar tempatan. sering juga kita terbaca atau dengar orang berpesan jangan ulangi sejarah 13 Mei. Setiap tahun pada 13 Mei, sememangnya akan ada orang yang bercakap tentang tarikh ini. Apa yang berlaku pada 13 Mei 1969? Setelah 43 tahun peristiwa itu berlaku, ia masih disebut hingga ke hari ini. Teruk sangatkah 13 Mei? Sebagai warganegara yang lahir selepas 13 Mei 1969, jujur cakap Belalang memang tidak tahu dan tiada pengalaman tentang apa yang berlaku pada hal yang berlaku 43 tahun yang lalu. Namun, daripada apa yang Belalang baca dan dengar daripada mereka-mereka yang melalui zaman itu, tragedi tersebut benar-benar memberi kesan mendalam pada bumi bertuah Malaysia ini. Mama Belalang sendiri ada menceritakan pengalamannya pada waktu itu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pengajaran dari hal tersebut patut kita ambil dan jangan sesekali ulangi kesilapan yang sama. Keharmonian dan sifat m

Sebab Advertlets Keberatan Untuk Bayar Blogger

Imej
Advertlets tak bayar? Siapa lagi yang belum terima bayaran dari advertlets walaupun dah cash out begitu lama? Tentu ada yang marahkan sebab ditipu oleh advertlets. Ops, jangan cepat melatah. Mungkin Advertlets ada masalah mereka sendiri. Mari kita kaji sama-sama... Print screen di atas adalah tiket yang Belalang 'terpaksa' hantar pada pihak Advertlets semalam. Ya, Belalang terpaksa hantar tiket tersebut. Kalau ikutkan Belalang, Advertlets tak mahu bayar pun tak apa. Belalang faham, memandangkan RM120 duit Belalang tu agak tinggi, tentu syarikat Advertlets keberatan untuk bayar. Belalang rasa, kalau Advertlets bayar duit Belalang tersebut, tentu syarikat Advertlets akan menghadapi masalah kewangan syarikat yang serius. Dan jika masalah kewangan tersebut serius, mungkin syarikat Advertlets akan gulung tikar! habis bankrup syarikta Advertlets hanya disebabkan nak bayar duit Belalang. Oh, tidak! Belalang tak mahu Advertlets gulung tikar disebabkan Belalang. Biarlah Belalan

Pukul Orang Jahat Tak Salah!

Imej
  Hebat! itulah ayat pertama yang lintas di kepala Belalang bila kali pertama melihat dan membaca berita ini. Orang Ramai Belasah pencuri ni sampai patah rahang sebab nak curi duit tabung masjid. Nah, baca tentang hal tersebut di sini . Belalang malas nak cerita balik pasal hal tu, Belalang hanya nak beri pendapat. Orang kita sekarang semuanya hebat-hebat. Maklumlah kerana ada kata-kata yang mengatakan 'Rakyat Hakim Negara', maka ramailah orang yang menjatuhkan hukuman pada orang lain hanya dengan ikut kepala dia saja. Macam kejadian kat atas tu, tak payah dah nak panggil-panggil polis, terus jatuh hukum pada waktu itu, belasah saja beramai-ramai! Siapa yang tak marah kalau orang buat jahat, betul tak? Dah pasti yang memukul pencuri tersebut sampai setengah mati adalah orang melayu yang dah tentu beragama Islam. Nah, orang luar cop Islam sebagai agama ganas lagi lepas ni. Ah! pedulikan itu semua. Yang pasti orang yang buat jahat patut diajar macam tu. Orang yang pukul

Parlimen Esok Dah Nak Bubar | Nak PRU13 Dah Ke?

Imej
Dalam perjalanan balik ke Baling kelmarin, Belalang lihat begitu banyak bendera parti politik di kiri kanan jalan. Boleh dikatakan sepanjang jalan hingga sampai ke rumah berceracak bendera kiri kanan jalan. Jadi dalam perjalanan untuk kembali ke Kulim, Belalang telah menangkap beberapa kepingg gambar untuk tatapan pembaca blog ini. Apa pendapat anda? seolah-olah esok dah dekat sangat nak pilihanraya. Semangat betul orang-orang Baling ni nak menunaikan tanggungjawab kepada negara. Harapnya hari mengundi nanti, peratusan yang keluar mengundi adalah tinggi. Jangan hanya setakat semangat gantung bendera sahaja tapi benda yang paling penting iaitu mengundi tidak pula dibuat :) Terima kasih kerana membaca...

Lagi Haiwan Peliharaan Terbaru Belalang Jr.

Imej
kucing dah bela, ikan dah bela, kura-kura pun dah ada bela di rumah tu. Ingat ke dah cukup, rupanya ada lagi haiwan yang dia nak bela. Kali ni ada lagi nak tambah untuk Belalang Jr. tu. Agak-agak apa pula la yang Belalang Jr. nak kali ni? Nak tau, cuba anda scroll ke bawah untuk melihat gambar haiwan tersebut... - - - - - - - - - - - - -   Arnab pula dia minta kali ni. Adoiyai...   Tengok muka Belalang Jr. seronok sangat dapat arnab tu Tension ja muka arnab tu sebab kena buli dengan Belalang Jr. Yang sebenarnya Belalang Jr. tidaklah begitu excited nak arnab dari jenis Angora ni. Yang melebih-lebih nak si Mrs.Belalang tu. Takut Belalang tak nak beli, dia gunakanlah nama si Belalang Jr. Kononnya si Belalang Jr nak, kesian kat dia. Eleh, macam la tak tahu trick Mrs.Belalang tu. Hehehe... Belalang beli arnab ni di Baling tengahari tadi sewaktu balik ziarah mak dan ayah di kampung. Beli sepasang dengan harapan akan berganda beberapa ratus ekor :P Sebelum akhir

Catatan Perjalanan Ke Pantai Merdeka

Imej
Rasanya Masih belum terlambat untuk Belalang ucapkan selamat hari pekerja kepada semua pekerja yang bekerja makan gaji, bekerja sendiri, kakitangan kerajaan, pekerja swasta atau apa sahajalah pekerjaan yang anda lakukan yang membantu perkembangan ekonomi negara dan setempat (macam ahli politik pula). 1 Mei sememangnya hari cuti kepada semua pekerja setiap tahun. Dan tahun ini Belalang telah pergi berkelah ke Pantai Merdeka bersama ahli keluarga yang lain. Kali terakhir Belalang berkelah di sana kalau tak silap Belalang tiga tahun sudah, sebelum Belalang Jr. lahir. Seawal pagi hari lagi Mrs.Belalang sudah bertungkus-lumus menyiapkan juadah-juadah yang akan kami nikmati di tepi pantai nanti. Antara hidangan yang disediakan oleh Mrs.Belalang Mrs.Belalang Sedang goreng bihun Antara hidangan yang Mrs.Belalang sediakan adalah nasi lemak, bihun, ayam goreng, ayam masak merah dan sedikit keropok sayur. Sekitar pukul 10:30 pagi Belalang bertolak keluar dari rumah. Singgah rumah