Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

TNB Kulim Diserang!

Imej
Ya, TNB Kulim telah diserang dengan manusia yang maha ramai untuk membayar bil elektrik selepas sebelum ini kebanyakkan dari kita sedang berada dalam 'mood' raya. Belalang yang tiba lebih kurang pada pukul 10 pagi, terpaksa menanti 60 orang pelanggan lagi yang akan dilayan sebelum tiba giliran! Nasib baiklah sebelum tu Belalang singgah beli 'breakfast' di McDonalds dulu.   Jadi Sambil menunggu tu, Belalang pergi la alas perut dengan chicken muffin. Kopi McDonalds yang biasanya kena dengan selera Belalang, entah apa kena pada pagi ni dibancuh dengan kelat ya amat. Tak terminum Belalang. Selepas selasai makan, masuk balik ke dalam TNB dan terus duduk di kerusi kosong yang kebetulan ditinggalkan oleh seorang pakcik. sambil-sambil tu Belalang sempat 'snap' beberapa keping gambar suasana di situ. Rupanya sewaktu Belalang pergi menjamu selera tadi, baru 10 pelanggan yang lepas dilayan. Maknanya masih ada 50 orang sebelum tiba giliran Belalang! Adoiyai,

Kepala Keras Seperti Batu

Imej
Kelmarin betul-betul di hadapan kedai Belalang, sebuah motosikal yang dinaiki oleh sepasang suami isteri dan seorang anak kecil (duduk di tengah-tengah) telah ditahan oleh polis trafik yang kebetulan berada di situ. Gambar cilok dari Google Kesalahannya adalah tak pakai helmet. Kedua-dua mereka tak pakai. Apa yang 'bestnya' mereka berdua bawa helmet tapi sengaja tak pakai. Belalang menyaksikan peristiwa itu dari mula mereka ditahan hinggalah polis tersebut melepaskan mereka. Nasib baik mereka hanya diberi amaran. Kalau tidak tak pasal-pasal raya-raya macam ni duit melayang nak bayar saman. Sudah la duit sebelum itu banyak dikeluarkan untuk beri duit raya. Hehehe... Nasihat Belalang kepada mereka yang gemar sangat tunggang motor tanpa helmet, maut datang tak memilih tempat dan lokasi ye. Kadang-kadang keluar hanya nak beli kicap pun boleh ditimpa kemalangan tau. Jadi jagalah keselamatan. Hati-hati ketika memandu :) Terima kasih kerana membaca...

Kerja Dihari Raya Kedua

Imej
Mrs.Belalang bersama Ayah dan adik-adik Orang masih mood cuti raya tapi Belalang dan Mrs.Belalang dah nak kena buka kedai berniaga pada malam ini. Alangkah sedihnya. Apa mahu buat, kedai barangan pengantin macam Belalang ni waktu-waktu beginilah yang paling diperlukan orang. Sekarang Belalang masih lagi Di Baling. Sekejap lagi cadangnya nak beraya ke rumah saudara-mara yang ada berhampiran sini. Petang sedikit baru bertolak balik ke Kulim. Singgah sebentar ke Padang Serai untuk beraya dengan nenekda tercinta. Esok masih belum pasti nak kemana sebab kedai dah mula beroperasi satu hari. Nanti-nanti Belalang update lagi apa aktiviti esok. Terima kasih kerana membaca...

Perutusan Khas Selamat Hari Raya 2012

Imej
 Dikesempatan ini saya yang bernama pena Belalang Hijau perisik, pemilik blog encikbell.blogspot.com dan suarabawahtanah.com , ingin mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca dan rakan-rakan blogger yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf dipinta sekiranya saya ada melakukan kesilapan atau kekasaran kepada mana-mana pihak. Semoga raya tahun ini memberi limpahan kurnia serta seribu kegembiraan kepada anda semua. Akhir kata, hati-hati ketika memandu. Sekali lagi diucapkan selamat hari raya aidilfitri