Anak Tak Mahu Tidur Malam | Apakah Sebabnya?

Rasanya Belalang masih belum pernah kongsikan di blog ini cerita adik kepada Belalang Jr. betul tak? Untuk mudahkan pembaca bezakan Belalang Jr. dan adiknya, Belalang namakan adik Belalang Jr. dengan Belalang Jr.II ya. :)


Alhamdulillah Belalang Jr.II sekarang dah pun berusia dua bulan 15 hari. Sekarang ni dah tak susah menjaganya seperti pada peringkat mula-mula dahulu.

Kalau tak silap, Belalang pernah nyatakan sedikit pada entry sebelum-sebelum ini yang Belalang Jr.II ada masalah tak mahu tidur malam. Entry mana satu tak berapa ingat pula. Kalau rajin cari la ya.

Jadi Belalang nak ceritakan bagaimana azabnya Belalang dan Mrs.Belalang terpaksa bersengkang mata sampai ke pagi untuk dodoikan si kecil tu.

Seperti ada sesuatu yang mengganggu Belalang Jr.II dari tidur. Tak kala dia baru sahaja beberapa minit terpejam mata, kita pun baru sahaja nak rebahkan badan, tiba-tiba ... "Uwaaa!!!!"...

Jujur cakap tekanan gila waktu tu. Manakan tidak. sepanjang malam tak boleh tidur. Esok siang nak berniaga pula. Memang angin satu badan la waktu-waktu tu.

Kesian juga lihat Belalang Jr.II. Dia sendiri pun sampai lebam bawah mata sebab tak cukup tidur.

Macam-macam cara Belalang dan Mrs.Belalang cuba dan lakukan, namun bila malam menjelang kami terpaksa bergilir-gilir berjaga.

Hinggalah kami dipertemukan dengan seorang ustaz yang menawarkan dirinya untuk membantu. Ustaz ini kawan kepada kakak Belalang.

Maka kami pun mencuba pula lakukan semua perkara yang ustaz ini minta termasuk carikan sebotol air terjun yang belum sampai ke tanah.



Dan hasilnya, hingga hari ini Belalang Jr.II tidak lagi susah untuk tidur malam. Ada juga kami tanyakan pada ustaz tersebut mengapa Belalang Jr.II tak tidur malam, namun ustaz hanya tersenyum dan berkata...

"Janji budak ni elok, boleh tidoq malam dah la"...

Dua kali kami ke rumah ustaz untuk ubatkan Belalang Jr.II dan selepas ini kami perlu sekali lagi ke rumah ustaz untuk kali terakhir sebagai pemutus ubat.

Bersyukur sangat-sangat Belalang dan Mrs.Belalang. Rasanya perkara tidak tidur malam tidak akan berulang lagi. Dan kami berdua sentiasa berdoa semoga tidak berulang lagi hal tersebut.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. Anak sop yg 1st ada masalah tidi mlm kerana siang tido mlm berjaga. Jam 2 -4 pg dok melayan dia. Bila 3 bulan perubahan waktu tido yg mana siang kurang tido dan mlm akan tido. Bgn buat susu tu biasa :) sambil pejam pun ada buat. Hehehe
    Anak ke 2 dan 3 alhamdulillah. Sumer x de masalah tido mlm.

    BalasPadam
  2. huhuu alhamdulillah bak kata ustaz tu dah boleh tidoq malam jadi la.. nnt kalau dengar penjelasan dia belalang jadi takut plak

    BalasPadam
  3. syukur.. dah boleh tidur. bulatnya mata dia...

    BalasPadam
  4. syukur..semua masalah dah selesai..kadang2 masalah begini hanya ustaz sahaja yg bolih menyelesaikan..ehem pasni belalang & mrs.bolih tido puas2.. :)..sekejap je dah 2 bulan lebih kan..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah masalah sudah dpt diselesaikan...:)

    Memang boleh naik angin kita kalau anak tak tidur malam...tapi nasib baik kak tak pernah hadapi situasi ini ketika membesarkan anak2 kak...syukur alhamdulillah:)

    BalasPadam
  6. ikut papanyer laa. berjaga malam ..he.

    BalasPadam
  7. Memang risau bila tengok anak tak boleh tdo.Mudah2an masalah Belalang JR 11 ni tak berulang.

    BalasPadam
  8. Salam bell.. bell jr 11 tu tido siang tak? bukan apa bell.. anak sya yang si kembar adik pun masalah yang sama.. skrg dah umo nak masuk 7 bulan.. bayangkanlah kami tido macam mana.. tapi dia tido siang.. oklah kot.. masalahnya pulak saya takleh tido siang sbb si kembar abg tak tido siang.. jadi pendek kata, mana mata sempat terlelap itulah tido kami.. tak pernah bawa berubat.. tgoklah nanti.. bila baca entry bell ni terpikir la jugak.. anyway ustaz tu dok mana ekk?

    BalasPadam
  9. Salam En Bell, sya punya masalah yg sama.skang anak hampir berumur 2tahun tpi 3-5pagi waktu tido nyer..aduhai perit kami laki bini lalui seharian hgga kini..puas berusaha merata tpi hasil nya cuma bertahan 3hari dan anak kembali berjaga seperti biase. Kiranya sudi kah En Bell berkongsi sumber dgn sya, bagaimana bole sye berjumpa Ustaz tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm,

      terima kasih sebab sudi baca blog ini...
      ada facebook x?
      klu ada, pm inbox belalang di sana

      https://www.facebook.com/belalanghijau.perisik?ref=tn_tnmn

      Padam
  10. Saya pun ada masalah yang sama... boleh tak beritahu macammana nak jumpa ustaz tu..

    BalasPadam
  11. Anak sy pon ada masalh yg sama.blh bg no fon ustaz tu x.senang sy nk ubatkn anak sy

    BalasPadam
  12. Anak sy pon ada masalh yg sama.boleh bg sy no fon ustaz tak.sy nk ubatkn anak sy.

    BalasPadam
  13. Bby saya dh nk msk 6 bln pun dah 2 minggu tak nak tidur malam. Mmg hangin je satu badan sebab kita pun penat kan. Duk fikir2 mcm kena cari ustaz jugak ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan