Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Aku, Blog & Laptop

Imej
Dah macam tajuk cerpen pula tajuk entry ni. Tapi malangnya Belalang bukanlah seorang yang pandai mengolah cerita dengan kata-kata yang memikat seperti blogger Rainbow Cloudy . Tak percaya? sila-sila baca setiap entrynya, nescaya akan terpikat ;) Agak lama Belalang menyepi dari update sebarang kisah di blog ini. Blog SBT Belalang juga dah bersawang semenjak dua menjak ini. Seperti biasa bila dah lama hilang tu, tentulah banyak kisah yang terjadi yang nak dikongsikan. Antaranya ialah hujung bulan sudah, Belalang sekeluarga telah diserang demam dan selsema. Tapi ia bukan berlaku serentak kepada kami sekeluarga. Bermula dengan Belalang yang suhu badan naik mendadak, hingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan pada pukul 1 pagi. Selepas itu berselang beberapa hari giliran Belalang Jr. pula dibawa ke bahagian kecemasan berikutan penat atau asmanya yang menjadi. Nasib tak kena tahan wad. Akhir sekali ialah baby baru kami iaitu Belalang Jr.II terpaksa dibawa ke hospital akibat demam