Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Sebelum Tiba 2013

Kejap sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2013, mengantikan tahun 2012 yang sangat-sangat dinantikan oleh semua umat manusia di planet bumi ini kerana mempunyai satu ramalan yang maha menakutkan. Tapi akhirnya ramalan tinggal ramalan. Huhuhu... Esok 1.1.2013, jika tahun lepas 1.1.2012 entry Belalang yang pertama di blog ini telah ditulis bertajuk Selamat Tahun Baru 2012 , mungkin esok pula akan ada entry bertajuk Selamat Tahun Baru 2013 . Ini bermakna usia blog ini dah setahun. Alhamdulillah,mula-mula waktu buat blog ni, takut juga Belalang tak boleh nak beri tumpuan pada blog ini memandangkan Belalang masih mempunyai beberapa blog yang dah bersawang yang berlu diupdate sekerap mungkin. Namun nampaknya Belalang berjaya melakukannya. Yes! yes! yes! :D Ini adalah entry ke 99 blog ini. Esok update satu lagi entry, maka genaplah seratus entry untuk satu tahun usia blog ini. 100 entry dalam setahun, menunjukkan tuan blog ini rajin atau malas jaga blog? ngee... Tahun 2012 Bel

Hari-hari Akhir Pesta Pulau Pinang 2012

Imej
Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2013 dan tahun 2012 akan meninggalkan kita. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pulau Pinang cukup sinonim dengan Pesta Pulau Pinang yang sering diadakan pada bulan Disember setiap tahun. Untuk tahun ini Belalang dah pergi kunjungi Pesta Pulau Pinang sewaktu awal pembukaannya. Biasanya pengunjung jarang datang waktu awal Pesta baru diadakan sebab barang-barang masih belum diberi harga istimewa. Kalau ada pun, mereka belum membuat belian secara besar-besaran. Ha, ni dah dekat-dekat nak habis Pesta, Belalang yakin tentu berpusu-pusu pengujung ke sana semata-mata mahu membeli barangan yang diingin dengan harga yang sangat rendah. Untuk tahun ini, dari kawan-kawan yang baru pulang dari sana, mereka mengatakan tikar buluh dijual murah dengan harga RM10. Manakala karpet yang jenis berbulu-bulu tu, sebelum ini dijual RM400, kini hanya tinggal RM100! Tikar buluh. Gambar carian Google Belalang yakin selain dari dua barang yang di

Permulaan Awal Menjadi Blogger Tegar!

Imej
Hari ni hampir genap sebulan selepas Belalang kembali bertekad untuk menjadi blogger tegar! hahaha... (tak tau apasal gelak). Dalam sebulan ini juga Belalang kembali cuba update blog ini seboleh-bolehnya secara harian. Walaupun ada juga hari-hari yang tertinggal untuk update, tapi buat masa sekarang rasanya dah cukup ok. Belalang juga kembali merajinkan diri melawat blog kawan-kawan dan meninggalkan komen di mana sahaja blog yang Belalang singgah tanpa sebarang kompromi! Hasilnya, Alexa blog ini sebulan lalu berada pada 22 ribu dalam Malaysia, hingga entry ini ditulis Alexa blog ini telah berada pada 7 ribu! Wah, sangat cepat ia mengecil. Abaikan ranking dalam dunia tu. Jauh lagi nak bawah sejuta :P Belalang tak begitu pasti mengapa Alexa blog ini turun begitu pantas. Pada pendapat Belalang, mungkin blog ini mendapat beberapa backlink daripada kawan-kawan blogger yang memiliki PR2 dan PR3 (ada kaitan ke?). Kalau memang itulah puncanya, Belalang ucapkan terima kasih ya ke

Dah Lulus Menirap!

Imej
Fuh! penat betul mengasuh budak kecil ni sejak dua menjak ni. Al-maklumlah orang baru pandai menirap dan dah pandai kedepan, agak kita terlupa sikit dekat dia, tengok-tengok dah jauh dari kita. Pula tu tangan cepat betul nak capai benda. Ni satu lagi hal, baru-baru ni Belalang dan Mrs.Belalang perasan bahagian bawah gusi baby dah nak tumbuh gigi. Wah, lima bulan dan start tumbuh gigi? Patut la kerja nak gigit benda aja. Yang part last ni paling tension. Entah apa kena tak tahu, sejak akhir-akhir ini baby kurang minum susu. Tak seperti selalu. Kadang-kadang sayang tengok susu penuh lagi dalam botol tapi dia dah tak nak minum. Tapi Belalang dan Mrs.Belalang tetap pastikan dia makan juga. Agak nampak mood dia ok, pelan-pelan Belalang sumbat botol dalam mulut dia. Kadang-kadang habis juga. Ni baru pandai menirap. Tunggu masa dia boleh merangkak dan berjalan nanti, waktu tu mesti lagi tak menang tangan. Ada sesiapa yang sukarela nak jadi pengasuh tak? Nak bagi jaga ni... huhuhu

Review Santai | Lagenda Budak Setan 2 - Katerina

Imej
Lagenda Budak Setan 2-Katerina , jika nak dibandingkan dengan Lagenda Budak Setan yang pertama, kedua-duanya ada kekuatan yang tersendiri. Jika Lagenda Budak Setan 1 lebih dulu kita lihat Kasyah bersusah payah untuk dapatkan Ayu, kali ini kita akan mengikuti pula ketabahan Kasyah sebagai bapa tunggal dalam membesarkan anaknya Atirah (Ayu meninggal ketika lahirkan Atirah). Disamping itu penonton akan melihat bibit bercinta Kasyah dan Katerina (dulu lakonan Fazura, yang baru ni Maya Karin Ambil alih) dan juga penghalang baru cinta Kasyah iaitu Hisyam (lakonan Bront Palarae). Disamping itu Ayah Katerina juga menyimpan sedikit dendam kepada Kasyah kerana membuat anaknya kecewa hingga hampir bunuh diri satu masa dahulu. Maka ayahnya pun mengaturkan satu tipu helah itu memutuskan hubungan Kasyah dan Katerina. Komen Belalang? Boleh tahan la cerita ni. Tapi macam kosong sikit jika nak dibanding dengan first dulu. Cuma itu la nasib Kasyah, tak habis-habis dirundung malang. Nasib

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

www.encikbell.com.my Alah comelnya URL blog ini jika dah ditukar domain. Memang dah lama impikan nak guna domain [dot] com nih. Selain daripada URL kita menjadi ringkas, ia juga akan nampak lebih komersial dan ada Umph! (macam ye aja) Belalang pun nak mencuba nasib dengan contest yang dianjurkan oleh rakan baik Belalang di dunia blog iaitu ciktom. Hadiah yang ditawarkan ialah domain (xxx.dot.com.my) dan RM20 untuk tiga pemenang. Syarat-syarat untuk contest ini seperti dituliskan di bawah- 1. Buat satu artikel bertajuk “Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes“. 2. Follow Google plus cik tom (optional)   - Siap! 3. Sebarang cadangan komen/ penambahbaikan bagi blog ciktom.com dari segi penulisan ataupun interface blog. (supaya cik tom dapat lakukan perubahan lebih baik 2013)   - Bagi Belalang blog ciktom tiada apa-apa masalah pun. Malah jauh lebih cantik dan elok dari blog ini (malu nak komen lebih-lebih). Cuma rasanya dari segi hosting ciktom guna sekarang. Seperti yang Belal

Hajat Nak Naik Kereta Api

Imej
"Nak naik Thomas! Nak naik Thomas!" Belalang Jr. ni sampai nangis-nangis teringin nak naik kereta api. Dia kalau nampak saja kereta api mesti jerit "Thomas!" . Thomas tu nama watak kartun kegemaran dia yang berbentuk kereta api warna biru. Entah macam mana, dalam masa yang singkat Belalang dan Mrs.Belalang terus tergerak nak bawa dia naik kereta api. Sayang anak punya pasal, turutkan ajalah :) Awalnya kami bercadang nak naik pergi ke Padang Besar. Tapi lepas bincang sekejap, kami buat keputusan untuk ke Kuala Lumpur. Nak ziarah blogger Mama Norlara dan juga ibu kepada blogger Mak Dara yang juga makcik Belalang. Dipendekkan cerita, dalam masa sehari kami buat planning ini, terus beli tiket esoknya, dan lusa terus naik kereta api pukul 2:25 petang. Belalang Jr. Harga tiket kereta api bagi kelas dua, dewasa RM33. Manakala pesara dan warga emas pula dalam RM20 lebih. Selain daripada Belalang sekeluarga, turut sama dalam menjayakan misi penuhi impian B

Review Santai | Brave

Imej
Ya, sekali lagi Belalang nak review filem. Kali ni nak kongsi keseronokkan Belalang menonton filem Animasi Brave dari Walt Disney Pictures. Dan seperti biasa Belalang tonton di Astro First. Belalang memang suka tonton filem atau kartun animasi.Suka lihat grafik-garfik yang dibangunkan oleh pakar-pakar 3D ini. Dan grafik untuk animasi ini tersangatlah awesome! Belalang tonton filem ni dengan Belalang Jr. sampai pukul 5 pagi! dua-dua beranak tak tidur. Sanggup tunggu sampai habis. Jadi kerja betul kami ni... Hahaha... Filem ni menceritakan tentang Merida iaitu seorang puteri Raja Scotland, Raja Fergus dan Ratu Elinor dari kerabat DunBroch. Sifat Merida ditonjolkan sebagai seorang yang lasak dan pandai memanah. Nak dijadikan cerita suatu hari Bonda Merida memberi tahu yang Merida perlu memilih untuk berkahwin dengan putera sulung dari tiga kerabat yang juga sekutu Ayahdanya. Merida tak mahu tapi Bondanya tetap memaksa kerana jika perkahwinan dengan salah seorang putera keraba

Review Santai | Istanbul Aku Datang

Imej
Hari tu Belalang berkesempatan tonton filem Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani , Tomok dan Beto . Tengok di saluran Astro Fisrt di rumah kakak. Banyak juga filem-filem yang Belalang tontoton di sini. Tengok la kalau rajin nanti Belalang kongsikan filem apa lagi yang dah tonton. Review pasal filem ni dah banyak blog yang buat. Cuma saja Belalang nak beri review Belalang sendiri. Ala, review umum ja. Tak detail sangat. Nak yang detail, pergi cari di blog lain. Boleh ke? Bolehkan, bolehkan :P Bagi Belalang filem ni comel juga jalan ceritanya. Lisa yang berlakon watak yang agak lurus dan senang kena main-main dengan Tomok. Ada ke ada satu part tu Lisa ajak Tomok dating, Tomok boleh beri alasan "Tiba-tiba ada assignment!"... hahaha memang tak boleh belah alasan tu. Yang best tu Lisa percaya pula! Cerita ni ada ciri-ciri comel macam siri-siri Lizzie McGuire lakonan Hilary Duff. Belalang time muda-muda remaja dulu layan juga siri ni (sebenarnya nak tengok Hilary D

Asyik-asyik Hilang Seluar!

Imej
Belalang Jr. sorang ni, makin besar makin menjadi-jadi perangai. Sejak dah dapat adik ni, dah pandai buat sendiri kerja-kerja dia. baguslah, nampak juga ciri-ciri seorang kakak. Percakapan pun dah ok. Sangat-sangat ok. Sampai tak terlayan pertanyaan-pertanyaan dia. Ada saja yang dia nak cakap. Tak peduli langsung orang tengah sibuk ke, bagi adik tidur ke apa.Yang dia tau cakap cakap cakap sampai pening kepala ni. Tapi bila dia tiada contoh balik kampung, sunyi juga rasanya. Budak banyak cakap yang akan posing bila kata nak tangkap gambar Tapi satu perangai dia yang paling tak tahan sekarang ni, suka main air! Setengah jam sekali hilang. Cari-cari tengok dah bogel ada dalam bilik air. Ada saja alasan dia. Nak kencing la, nak berak la. Bila tak bagi mula buat perangai. Belalang Jr. biasanya hanya pakai pampers waktu malam. Siang-siang macam ni Belalang jarang beri pakai sebab kalau pakai pun tak lama. Kejap lagi dah buang lepas tu main air. Kadang-kadang sayang tengok pampers

Mana Bloglist?

Imej
Salam Jumaat kepada semua pembaca. Bagaimana dengan hari anda? Area Belalang tak kala ini guruh sedang berdentam-dentum. Itu tandanya hari nak salji hujan. Belalang nak kongsikan sedikit mengenai 'kepelikan' yang Belalang rasa ketika melawat ke beberapa blog. Al-maklumlah semenjak 'urat rajin' Belalang ni sembuh, diri ni kerja nak blagwalking sahaja. Hahaha... Rata-rata blog yang Belalang singgah adalah blog baru. Meriah dunia blog Malaysia sekarang ni kan. Blog-blog tumbuh macam lepas hujan. Kebanyakkan blog dihias dengan cantik dan mengikut citarasa tuan blog. Meriah sakan sesetengah blog tu. Biarkan sajalah. Blog dia, suka hati dia lah nak hias macam mana pun. Berat ke ringan Belakang kira, janji tuan blog suka macam tu ;) Cuma apa yang Belalang perasan, blog-blog baru ini kebanyakkannya tiada bloglist. Tak pasti pula mengapa tidak pasang. Sama ada kedekut backlink, tak tahu fungsi bloglist atau memang sengaja tidak mahu pasang. Bloglist blog EncikBell

Harimau Malaya Berkubang Di Kolam Gajah Perang?

Imej
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sepak mula separuh akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2012 diantara Thailand melawan Malaysia akan bermula. Belalang pasti semua rakyat Malaysia tak sabar-sabar menunggu perlawanan ini bermula. Harapnya berjayalah kita mengalahkan si Gajah Perang yang kuat main psikologi ini. Gambar Troll curi di Facebook Punyalah takut Thailand ini dengan Malaysia, sampai bagi padang untuk 'training' pun padang yang tahap-tahap budak-budak berlatih lompat bintang sahaja. Ada ke patut? Tak patut, tak patut... Apa mereka ingat Harimau Malaya nak diam sahaja mereka main-mainkan begitu? Mereka silap! Mereka terlupa yang harimau yang luka akan jadi lebih ganas! Tengok sajalah nanti wahai Gajah. Jadi sementara nak tunggu 8 malam ini, agak-agak anda berapa keputusan perlawanan malam ini? Jom-jom kongsikan. Terima kasih kerana membaca...

Shoutbox Tak Keluar? Reload Frame Aje...

Imej
Semenjak memasang tekad untuk kembali menjadi blogger 'tegar' ni, Belalang dah kembali melakukan rutin harian yang dah jarang-jarang dilakukan iaitu 'blogwalking'. Walaupun tak selaju mula-mula blog dulu, tapi Belalang gerak juga untuk baca entry kawan-kawan. Biasanya keutamaan diberikan kepada meraka yang berada dalam bloglist Belalang. Kalau nampak sahaja dalam bloglist tu ada tajuk baru, dengan pantasnya Belalang akan ke sana. Jadi kalau mahu dijengah oleh Belalang, sila-sila la kita membuat link exchange ye (promote ni) hahaha... Ok, sekarang Belalang nak kongsikan sesuatu kepada kaki-kaki 'blogwalking' sekalian alam. Pernah tak ketika anda blogwalking, time nak tinggalkan jejak di shoutbox tu tengok-tengok dia tak keluar pula. Contoh macam gambar ni? Print screen blog Caliph sebagai contoh. Dah dapat kebenaran tuan blog tau! Biasanya hal ini berlaku kerana line internet yang slow. Kiranya macam page tu load tak abis la dia dah request time out (

Simpan Data Di GoogleDrive

Imej
Hari tu Belalang dah ceritakan tentang SkyDrive yang dibangunkan oleh outlook.com. Fungsi SkyDrive sama seperti anda memiliki Thumbdrive, cuma bezanya SkyDrive ialah tempat kita menyimpan dokumen ataau data secara online dan ianya adalah percuma! Bagi sesiapa yang belum membaca apakah itu SkyDrive, sila klik tajuk ini untuk membacanya ===> Lebih Mudah Membawa Data Penting Dengan SkyDrive Berbalik kepada tajuk di atas, setelah melihat Outlook membangunkan SkyDrive dan ia mendapat perhatian orang ramai kerana kemudahannya, syarikat Gergasi Google juga tidak mahu ketinggalan. Lalu mereka juga melancarkan GoogleDrive . Sebenarnya kewujudan GoogleDrive dah lama ada, cuma waktu itu ia lebih dikenali sebagai Google Document. Baru-baru ini sahaja Google menukar namanya kepada GoogleDrive . Fungsi GoogleDrive sama juga seperti SkyDrive iaitu tempat menyimpan data-data seperti word, excell, PDF file dan lain-lain. Cuma bezanya GoogleDrive memiliki ruang penyimpanan sebanyak 5GB (Sk

Lebih Mudah Membawa Data Penting Dengan SkyDrive

Imej
Seperti yang dijanjikan, Belalang akan kongsikan beberapa perkara yang dipelajari ketika berkursus baru-baru ini. Rasanya ia berguna kepada blogger atau kepada sesiapa sahaja yang sering online untuk membuat kerja. Kita biasanya menggunakan thumb drive untuk menyimpan data-data supaya mudah untuk di bawa ke mana-mana. Saiz storannya pula bergantung. Tapi bagi Belalang kalau dapat yang 4GB ke atas pun dah ok untuk sekadar menyimpan file format word, excell atau PDF. Pernah tak terjadi thumb drive tiba-tiba corrupted dan segala data dalam tu tak boleh dibuka sebab terpaksa format balik? Atau ketika hadiri sesuatu mesyuarat yang penting, sampai masa untuk presentation baru perasan yang data tak bawa sebab lupa bawa thumb drive. Pernahkan? pernahkan? Belalang yakin pernah sebab Belalang sendiri pun memang pernah hadapi perkara di atas... hehehe Mungkin selepas ini anda boleh cuba menyimpan data-data anda di SkyDrive dari Outlook.com . Selain mudah untuk anda menyimpan dan mem

Kerajaan + Pembangkang vs Pihak Ketiga = Berjaya?

Imej
Baru-baru ini Belalang ada melihat satu video tentang kekecohan penyokong parti antara pembangkang dan kerajaan yang berlaku di tapak ceramah sekitar Gombak di siri Jelajah Merdeka Rakyat . Akhbar-akhbar juga ada melaporkan hal ini kerana ia membabitkan kecederaan beberapa penyokong kedua-dua parti. Kalau yang tak tahu tu, sila-sila Google dan cari sendiri ya. Belalang bukan nak sentuh secara mendalam tentang hal itu. Hanya mengambil ia sebagai contoh. Sebenarnya kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku. Selepas PRU-12 yang mana dinamakan 'Tsunami Politik Malaysia' , dah lebih empat tahun kita saban hari mendengar atau melihat sesuatu yang tidak enak tentang parti-parti politik di negara ini. Biasanya penyokong tegar sesuatu parti ini tidak akan sesekali melihat atau mahu mendengar tentang kelemahan atau kesalahan parti yang juangkan, kerja nak tunding jari pada pihak satu lagi saja. Begitu juga dengan pihak sana, dia pun tunding jari pada pihak yang tunding

Datang Lagi Selepas Itu

Imej
Bulan sudah Belalang hanya berjaya update satu entry pada blog ini. Oh my english betul. Tak pasti la apa yang jadi pada Belalang di 29 hari lagi pada bulan November tersebut. Tapi anda semua jangan risau kerana Belalang telah memasang tekad untuk menjaga blog ini sebaik mungkin selepas ini. Tak ku biarkan ia bersawang dan berhabuk lagi. Suka tak? suka tak? kalau suka sila buat lompat bintang sebanyak 5 kali.... Bagus, sememangnya anda semua betul-betul mendengar arahan... Hahaha Sebelum itu Belalang nak ucapkan terima kasih pada yang sudi dan telah wish birthday Belalang yang ke _______ (isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai) di FB pada 30 November yang lalu. Belalang hargai semua ucapan kawan-kawan. Sebenarnya Belalang baru sahaja berjaya menghabiskan "Kursus Pemasaran Melalui Media Baru / Social Media" anjuran MARA negeri Kedah di Kulim Inn. Kursus ini telah bermula pada 3 Dis hingga 6 Dis, tengahari tadi. Apa yang boleh Belalang simpulkan, terlalu ba