Simpan Data Di GoogleDrive

Hari tu Belalang dah ceritakan tentang SkyDrive yang dibangunkan oleh outlook.com. Fungsi SkyDrive sama seperti anda memiliki Thumbdrive, cuma bezanya SkyDrive ialah tempat kita menyimpan dokumen ataau data secara online dan ianya adalah percuma!

Bagi sesiapa yang belum membaca apakah itu SkyDrive, sila klik tajuk ini untuk membacanya ===> Lebih Mudah Membawa Data Penting Dengan SkyDrive

Berbalik kepada tajuk di atas, setelah melihat Outlook membangunkan SkyDrive dan ia mendapat perhatian orang ramai kerana kemudahannya, syarikat Gergasi Google juga tidak mahu ketinggalan. Lalu mereka juga melancarkan GoogleDrive.

Sebenarnya kewujudan GoogleDrive dah lama ada, cuma waktu itu ia lebih dikenali sebagai Google Document. Baru-baru ini sahaja Google menukar namanya kepada GoogleDrive.

Fungsi GoogleDrive sama juga seperti SkyDrive iaitu tempat menyimpan data-data seperti word, excell, PDF file dan lain-lain. Cuma bezanya GoogleDrive memiliki ruang penyimpanan sebanyak 5GB (SkyDrive 7GB). Tapi 5GB tu pun rasanya dah cukup besar untuk simpan file-file setakat 100BG atau 1MB. Betul tak?

Klik icon Drive untuk masuk ke GoogleDrive

Cara gunanya juga sama mudah iatu dengan memiliki account e-mail Google. Belalang yakin anda semua tentu ada bukan? Mula-mula sign-in e-mail account anda. Selepas itu lihat pada bahagian atas ada tulisan Drive. Rujuk gambar untuk lebih jelas.

Paparan bahagian dalam GoogleDrive

Anda juga boleh download application GoogleDrive kedalam PC anda untuk lebih mudah menyusun dan upload atau download document.

Download GoogleDrive

Itulah serba sedikit perkongsian Belalang untuk kali ini. Harap ia menambah pengetahuan dan memudahkan kerja-kerja anda selepas ini. Terpulang kepada anda untuk menggunakan kemudahan-kemudahan ini atau tidak. Sekurang-kurangnya sekarang ni anda dah tahu tentang perkara baru ye tak?

Sekiranya anda merasakan info ini berguna untuk anda dan orang lain, sudilah kiranya untuk meng'klik' Facebook button share di atas sebelah kanan entry ini. Bolehkan, bolehkan :)

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. ehem..banyak info2 yg berguna yg belalang berikan.. ;)..
    thanks..

    BalasPadam
  2. belum cuba yang ni. nanti nak cuba jugalah..

    BalasPadam
  3. kak ida nak kena menuntut banyak lagi ni ttg bab bab IT ni hehehe... Apa khabar sepupukuuuuuuuuuuu hehehe

    BalasPadam
  4. oic, tu rupanya fungsi googledrive, huh..

    nice sharing, bro ^^

    BalasPadam
  5. tak tahu plak google dh advance. mcm2 ada rupanya.

    BalasPadam
  6. baru tahu fungsi google drive tu......
    he3..... nak kena pracktik ler lepas nie.....
    thanks for info....

    BalasPadam
  7. tq!sangat informative! insyaAllah boleh sy manfaatkan nanti..tambah2 lagi kerja saya ni memerlukan saya selalu back up data.. =)

    BalasPadam
  8. owh..baru krole tau pe fungsi mende tu...tak brani nak klik sblom ni hihihi~buta IT katakan..thanks for the sharing belalang~

    BalasPadam
  9. Ada satu lagi tempat simpan data online (cloud storage) www.gerobok.com. Gratis 5GB dan kecepatan tinggi kerna servernya di jakarta. Tolong di review rame2 buat manfaat semua. . apa bagus nga

    BalasPadam

Catat Ulasan