Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Susahnya Nak Tebus Rebat RM200 Telefon Pintar

Imej
Gambar hiasan. Carian Google Belalang dan Mrs.Belalang antara ribuan remaja (remaja?) yang layak dan lulus dalam permohonan rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar . Sebelum ini Belalang juga pernah layak menerima BR1M bernilai RM500 pada tahun lepas. Dipendekkan sajalah cerita ini. Kepada mereka yang layak dan belum memohon, selepas sahaja lulus permohonan, anda perlu tebus rebat anda itu dalam masa sebulan atau sebelum tarikh luput yang dinyatakan. Kalau lepas pada tarikh luput, anda perlu menunggu hingga dua bulan sebelum memohon sekali lagi. Jadi sekiranya duit nak beli telefon belum cukup, Belalang nasihatkan tak payah susah-susah apply lagi. Tunggu sampai duit cukup lepas tu mohon. Ok, sekarang Belalang nak cerita mengenai pengalaman Belalang nak beli telefon dengan rebat tersebut. Di sekitar Kulim tempat yang boleh ditebus hanyalah di Landmark Kulim atau Giant Kulim. Mrs.Belalang beli sebuah telefon baru berharga RM399. Tolak rebet RM200 tinggal RM199. Tolak tr

Bagaimana Caranya Untuk Gunakan Dua Akaun Facebook Berbeza Dalam Satu Masa?

Imej
Siapa di sini yang ada akaun Facebook lebih dari satu? Belalang rasa ramai jugakan yang ada dua tiga akaun Facebook. Macam Belalang sendiri pun ada beberapa akaun yang berbeza. Satu untuk blog, satu personal dan ada dua tiga lagi digunakan untuk hal-hal lain :) Tahu tak macam mana nak online dua akaun Facebook berbeza dalam satu masa ? Yang dah tahu, sila buat-buat macam belum tahu lagi. Bagi yang memang tak tahu langsung, sila buat muka excited sangat-sangat :) Untuk gunakan dua akaun Facebook dalam satu-satu masa bukanlah sesuatu yang susah. Senang ya amat. Senang lagi daripada makan kacang goreng (merepeknya aku hari ni) Cara untuk gunakan dua akaun serentak dalam satu masa ialah buka dua browser yang berbeza . Buka browser Google Chrome dan satu lagi browser Firefox. Lepas tu sign in dua-dua browser tu dengan dua akaun yang anda ada. Itu saja! Sebenarya ada beberapa cara lain lagi. Tapi cukuplah Belalang kongsikan satu cara ni dahulu. Terima kasih kerana membaca

Penemuan Hebat Tentang 'Untitled Post'!

Imej
Idea spontan yang timbul untuk menulis entry ini. Nak tahu satu penemuan hebat tak? Mungkin ia boleh diguna pakai oleh blogger-blogger yang kekeringan idea atau malas nak menulis. Cara ni sangat berkesan! Kalau anda perasan sebelum entry ini, Belalang ada ter publish satu entry kosong. Kosong tanpa tajuk dan apa-apa tulisan. Memang sekosong-kosongnya. Sebenarnya itu adalah satu kajian yang sedang dilakukan secara berilmiah (ceh!). Sahaja mahu tengok respon pembaca. Hasilnya adalah seperti yang anda lihat pada gambar di bawah ini- - - - - - - - - - Klik pada gambar untuk view lebih jelas Perhatikan pada stats untuk post kosong tersebut. 122 pageviews tu! Tinggi dari pada entry-entry sebelum itu yang ditulis panjang-panjang sampai sakit kepala :P Kesimpulannya, lain kali kena publish 2, 3 kali lagi entry kosong time tiada idea kerana ia lebih menarik perhatian orang untuk membaca... Hahaha... ** Sebenarnya Belalang pun tak perasan bila

Cara Pantas Naikkan Like FanPages

Imej
Terabai pula blog kacak ku ini sejek dua tiga menjak ini. Maaf ye blog, nanti tuan mu ini belanja makan nasi ayam :). Ok kali ni Belalang nak kongsikan cara bagaimana untuk pemilik FanPages di Facebook nak naikkan like dengan cepat. Ada banyak cara untuk tingkatkan like pada Facebook. Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Yang berbayar Belalang belum pernah guna, tapi Belalang yakin ianya berkesan dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Belalang hanya gunakan cara percuma. Kurang berkesan tapi like tetap naik. Ok la kan, dah nama pun percuma. Tapi tetap ok dah puas hati. Cara berbayar - Belalang lihat ramai juga kawan-kawan yang gunakan Samseng Facebook . Dengan bayaran RM30 (kalau tak silap), katanya sangat berbaloi. Belalang belum try, tapi tengok kawan-kawan yang guna nampak happy semacam je ;) Samseng Facebook bukan sahaja naikkan like pada fanpages tapi dalam masa yang sama menaikkan trafik blog anda. Macam mana? Kena dengar sendiri la caranya. Klik Samseng Fac

Susu Dutch Baby? Susu Tiruan Ke?

Imej
jenama Dutch Lady atau Dutch Baby? Pernah dengar susu jenama Dutch Baby tak? Kalau nama Dutch Lady tentu semua orang tahu dan pernah dengarkan. Tapi brand Dutch Baby tak pernah lagi la dengar. Boleh minum ke susu jenama Dutch Baby tu? Eh tunggu kejap. Apa pula ni? Sebenarnya Dutch Baby adalah nama baru untuk Dutch Lady. Belalang pun tak perasan sejak bila susu ni tukar nama lain. Alih-alih Mrs.Belalang tunjuk baru ni nama dah lain. Bukti Dutch Lady sudah bertukar nama Mungkin nama Dutch Baby lebih menampakkan yang produk tersebut untuk baby berbanding Dutch Lady yang kelihatan lebih dewasa ;) Jadi lepas ni kalau jumpa susu jenama Dutch Baby, jangan takut-taku untuk belilah ye. Ke Belalang seorang saja yang baru tahu susu tu tukar nama? :P Terima kasih kerana membaca...

Makan-makan Di Restoran DePauh Garden

Imej
Salam hari Ahad kepada sahabat-sahabat blogger dan pembaca tegar blog ini (bajet blogger hot!). Apa rancangan hari minggu ni? Ada nak bawa keluarga keluar makan tak? Apa kata Belalang kongsikan satu tempat makan menarik di Permatang Pauh iaitu DePauh Garden | Restaurant & Cafe . Belalang sering gunakan jalan di hadapan restoran ini, tapi tak pernah singgah. Hinggalah hari yang Belalang nak ke Pesta Pulau Pinang. Belalang singgah untuk makan-makan kejap disitu. Waktu sampai tu jam menunjukkan lebih kurang pukul 6 petang. Walaupun baru 6 Petang, tapi pelanggan yang datang makan-makan di restoran tu teramatlah ramainya. Di kawasan parking DePauh Garden Akuarium besar di dalam restoran menarik perhatian pengunjung  Keadaan sekeliling kedai ini dihias dengan cantik dan tampak eksklusif. Sebenarnya restoran ini ada menyediakan open space atau dataran luas yang diletakkan meja makan di kawasan itu. Malangnya kamera cap ayam Belalang ni gambar tak cantik pula, j

Cuti-cuti Ke Port Dickson Tajaan Mama Aini

Imej
Lambat betul Belalang buat entry sambungan untuk tentang pergi ke KL hari tu. Part pertama tentang naik keret api dah habis. Kali ni Belalang nak sambung pengalan bermalam di rumah blogger Mama Aini . Sebenarnya dah lama Belalang dan Mrs.Belalang teringin nak berjumpa Mama Aini, sebabnya sebelum ini Mama ada jemput datang ke kenduri anaknya. Malangnya ketika itu kami tak berkelapangan untuk datang. Dalam perancangan juga Belalang, Mrs.Belalang, Mama dan Abah ingin melawat Makcik Belalang iaitu mak kepada blogger Mak Dara yang dikatakan kurang sihat ketika itu. Malangnya,sampai di sana kami dapat tahu yang Mak Dara sekeluarga telah pergi bercuti ke Hatyai. Tak apalah, tak ada rezeki nak buat macam manakan. Belalang, Mrs.Belalang dan adik ipar bermalam semalaman di rumah Mama Aini. Sampai-sampai sahaja kami ke rumah Mama, terus Mama ajak makan malam. Rupanya Mama dah ready masak nasi beriani untuk kami. Kami yang sememangnya lapar (pukul 11 malam time tu) terus makan dengan ra

Pemberian Dari Rakan Blogger

Imej
Hari ni Belalang agak sibuk. Masa tak mengizinkan Belalang untuk menulis satu entry panjang-panjang macam selalu. Maaf ye Blogwalking pun terpaksa tolak tepi dulu. Nanti ada masa Belalang terus melawat kawan-kawan ya. Cuba dalam entry ringkas ini, Belalang nak mengucapkan terima kasih kepada seorang rakan blogger yang telah menghadiahkan Belalang buku-buku doa ini sempena dengan harijadi Belalang yang lepas. Sememangnya hadiah ini sangat berguna dan bermakna untuk Belalang kerana ia mengandungi doa-doa harian. Terima kasih ya sahabat. Belalang pernah juga mendapat hadiah berupa cenderahati dari seorang blogger ini. Tiap kali rakan blogger ini pergi bercuti, tentu akan ada cenderahati untuk Belalang. Memandangkan blogger tersebut tak mahu Belalang dedahkan namanya, Belalang hanya boleh ucap terima kasih :) Dan kepada Scarlet, terima kasih ya dengan hadiah ini. Sangat-sangat menghargainya. Tahun ni punya birthday jangan lupa bagi lagi tau. Hahaha... Terima kasih kerana mem

Cukup Setahun | Cukup 100 | Cukup Banyak Gambar!

Imej
1 Jan 2013, genap setahun usia blog Encik Bell ini. Cepat wish happy birthday kepada blog kacak ini. Kalau rajin pergi beli hadiah berupa kereta hibrid seketul untuk blog ini. Selain daripada setahun usia blog ini, entry yang sedang anda baca ini adalah entry ke-100 yang Belalang tulis. Tak sangka betul, dalam malas-malas dan tiada idea dapat juga kongsikan 100 cerita dalam blog ini. Entah apa yang Belalang bebel pun Belalang tak tau. Ingat lagi tak dengan entry Belalang tentang Hari-hari Akhir Pesta Pulau Pinang ? Sebenarnya selepas publish entry itu, Mrs.Belalang telah mengajak Belalang untuk pergi sekali lagi ke Pesta. Belalang yang sememangnya takut sayang bini, turutkan sahaja permintaan Mrs.Belalang itu. Seperti yang dijangka, orang akan berpusu-pusu untuk ke pesta bagi kali terakhir untuk tahun 2012. Sebelum masuk jambatan Pulau Pinang lagi dah start jem. Keluar waktu cuaca cerah lagi, sampai tapak pesta time tiada lagi cahaya matahari :) Belalang kongsikan gambar-gamba