Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Budak 8 Bulan Yang Meletihkan

Imej
Baru sahaja beberapa hari lepas usia si kecil ini dah 8 bulan. Walaupun baru 8 bulan, tapi nakalnya mengalahkan kakaknya Belalang Jr. Pening Belalang dan Mrs.Belalang melayan karenah dia. Selain daripada Belalang dan Mrs.Belalang, baby cukup takut dengan orang lain. Tak kiralah, sepupu dia ke, Mak Tok dan Tok Wan ke, Pakcik Makcik ke, dengan siapa pun dia tak mahu. Sangat berbeza dengan Belalang Jr. yang sedari kecil tak kisah langsung dengan sesiapa. Nasib baiklah kami ni bekerja sendiri. Kalau hantar kepada orang lain untuk jaga, mau angin satu badan juga orang tu nak dengar baby ni menjerit setiap hari dan setiap masa. Satu lagi perangai baby yang tersangatlah 'comel' ni, tangan dan kakinya cukup cepat mencapai apa sahaja yang menarik perhatian dia. Tak dapat dengan tangan, dengan kaki pun boleh :) Agaknya bagaimana ya caranya supaya baby tak takut dengan orang lain? Kalau baby tak takut dan mudah mesra dengan orang, senanglah kerja Belalang dan Mrs.Belalang nak t

Cara Hantar SMS Melalui Google Email

Imej
Salam sejahtera dan selamat berhari Jumaat. Agak lapang Belalang dalam sehari dua ini selepas habis melalui minggu yang sibuk pada minggu sudah. Masa-masa yang terluang ini Belalang gunakan sebaik mungkin untuk kembali siapkan kerja-kerja internet yang tertangguh. Entry ini Belalang nak kongsikan cara menghantar SMS melalui Google email. Belalang kadang-kala guna juga cara ini untuk menghantar SMS lagi-lagi waktu kredit telefon expired dan waktu tu pula tengah kecemasan. Cara untuk menghantar SMS melalui Google email tak lah sesusah mana pun. Mula-mula seperti biasa sign-in ke akaun google anda, selepas itu terus pergi ke email. Sesudah anda masuk ke email, anda akan nampak paparan seperti di atas. Tengok pada sebelah kiri, pada bahagian chat. Isikan nombor telefon yang ingin anda hantar SMS. Rujuk gambar atas ye Sesudah anda masukkan nombor telefon, akan keluar dibahagian bawahnya satu kotak pertayaan. Klik pada send SMS. Rujuk gambar di atas :) Selepas

Minggu Sibuk Bagi Tahun 2013

Imej
Minggu lepas adalah minggu-minggu yang paling sibuk bagi Belalang untuk tahun 2013. Manakan tidak, Belalang telah menyewa satu slot kedai pada satu program anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi nama Kulim AgroFest. Tujuh Hari program ini berlangsung dengan pelbagai program menarik disusun bagi menarik orang ramai datang ke sini. Belalang yang menyewa satu tapak berkeluasan 20'x10' membawa barang-barang jualan kedai Belalang dan juga memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Walaupun Belalang dah berniaga selama 5 tahun, namun begitu masih ada juga yang bila datang ke kedai Belalang akan berkata, "eh, ni kedai baru ka? Awat tak pernah nampak pun sebelum ni?" =.=! Sebahagian barangan dari kedai yang dibawa ke tapak pesta. Bekas-bekas sewaan untuk kahwin, gubahan manisan dan juga contoh-contoh sirih junjung Tak mahu mengharapkan hanya pada perkhidmatan kedai, Belalang juga turut menjual kolagen rumpai laut ungu grea AAA atau lebih dikenali dengan