Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Jerebu | 5 Dan 6 Oktober Sekolah Seluruh Semenanjung Tutup Kecuali Kelantan

Imej
Melarat semakin teruk jerebu pada tahun ini. Seingat Belalang tahun-tahun sebelum ni tak sampai tahap begini. Belalang yang tinggal di Kulim ni pun rasa macam lemas dalam asap. Mujur Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid prihatin akan hal ini dan mengarahkan semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari iaitu pada 5 (hari ini) dan 6 Oktober 2015. Carian Google Bagaimanapun, arahan itu dikecualikan kepada sekolah-sekolah di negeri wilayah persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sebenarnya jika diikutkan Belalang Jr. ada sesi bergambar di sekolahnya. Belalang Jr. berumur 6 tahun  sedang belajar di pra sekolah. Nampaknya sesi bergambar akan ditunda. Lega juga Belalang sebab bolehlah Belalang Jr. tinggal di dalam rumah dan tak terdedah pada udara dipersekitaran terbuka. Semoga masalah jerebu ini akan segera berakhir.

[[PENTING]] Nak Melabur? Baca Ini Dulu

Imej
Kawan datang ajak anda melabur dalam sesuatu bisnes contoh pelaburan emas ? Kawan datang nak ajak anda sertai syarikat jualan langsung (MLM) ? Pernah dengar 'money games' ? Betul ke syarikat MLM semuanya menipu? Dalam Zaman-zaman ekonomi menjunam (nilai ringgit semakin kecil) ramai yang mengeluh duit tak cukup dan mulalah terfikir nak menambah pendapatan. Gambar Carian Google mencari pendapatan selain daripada gaji sediada sememangnya sesuatu yang baik. sekurang-kurangnya anda tidak bergantung kepada syarikat anda semata-mata dan seandainya di kemudian hari syarikat anda ingin tutup anda telah pun mempunyai langkah-langkah persediaan. Disini Belalang ingin membantu anda membuat pertimbangan dalam memikirkan untuk membuat pelaburan atau menyertai mana-mana syarikat MLM. Belalang kongsikan status Dr.Azizan Osman (DOA) yang dimuat naik pada Facebook agar ia membantu anda dalam membuat pertimbangan. Semoga anda tidak terjerat dengan skim dan syarikat yang menipu.

Cahaya Mata Baru Di Tahun 2015

Imej
Alhamdulillah, keluarga Belalang telah bertambah seorang lagi ahli keluarga dengan kehadiran cahaya mata baru. Pada 18 September 2015 di Hospital Kulim, Mrs.Belalang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.42kg pada pukul 10 malam. Sebelum ini Belalang telah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan. Kehadiran bayi lelaki ini sememangnya dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Ketika entri ini ditulis, usia baby baru 9 hari. Semoga dengan kahadiran baby ini, ikatan kasih antara Belalang sekeluarga akan bertambah kuat dan menjadi pendorong untuk Belalang dan Mrs.Belalang berusaha lebih kuat. Terima kasih membaca

Info | Perkara Berkaitan GST Yang Kita Perlu Tahu

Imej
Kelmarin 1 April bermulanya kutipan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST di Malaysia. Dari ke pagi sampai ke malam macam-macam perkara yang berkaitan GST dikongsikan oleh rakan-rakan media sosial. Belalang juga tidak terkecuali membaca beberapa perkongsian mengenai GST memandangkan Belalang sendiri memang masih tidak begitu jelas bagaimana perlaksanaan kutipan ini. Di bawah adalah tiga print screen yang sempat Belalang ambil dari laman sosial Twitter yang Belalang rasa memberi sedikit info tentang hal GST. Resit tidak paparkan nombor pendaftaran GST dianggap salah Pembelian rokok ada GST Kad prabayar atau top up telefon tiada GST Sekiranya anda mempunyai akaun Twitter, sila follow gstmalaysiainfo dan mykpdnkk kerana dua akaun ini mempunyai begitu banyak info berkaitan GST. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana membaca

Taman Burung Kulim Dibuka Kembali!

Imej
Sekitar tahun 90-an dahulu di Kulim ada sebuah Taman Burung. Belalang masih ingat ketika itu Belalang masih bersekolah rendah. Waktu tu seronok sangat bila abah bawa jalan-jalan situ. Masa terus Berlalu dan Taman Burung Kulim hilang ditelan zaman. Pintu masuk ke Taman Burung Kulim Kini setelah sekian lama tempat ini dibiarkan kosong, Majlis Perbandaran Kulim (MPK) memutuskan untuk membuka kembali Taman Burung Kulim. Baru-baru ini Belalang mengambil peluang untuk melawat kembali tempat nostalgia waktu Belalang kecil-kecil ini. Kalau dahulu abah Belalang datang sini bawa Belalang dengan abang dan kakak, kini Belalang pula datang dengan membawa anak-anak Belalang. Sekarang ni baru Belalang sedar tak adalah besar mana pun taman burung ni. Tetapi waktu Belalang kecil-kecil dulu terasa macam besar sangat taman ni. Perasaan itu mungkin dirasai pula oleh Belalang Jr. dua orang ni. Masih belum siap sepenuhnya Taman Burung Kulim ini kerana Belalang perasan ada satu sangk

5 Rahsia Kejayaan Clash Of Clans

Imej
Permainan Clash Of Clans (CoC) adalah satu game wajib ada dalam telefon para pencinta game . Malah Belalang sendiri antara yang meminati CoC. Game CoC seolah-olah satu virus yang menjadikan sesiapa yang bermain game ini akan terus melekat untuk terus bermain game ini lagi dan lagi. Apakah yang menyebab CoC begitu menjadi kegilaan? Berikut adalah lima rahsia kejayaan Clash Of Clans yang Belalang rujuk dari sumber beberapa artikel blog juga daripada pandangan Belalang sendiri sebagai peminat permainan ini. 1. Kajian mendalam CoC telah dibangunkan oleh syarikat Supercell yang juga pembangun bagi dua lagi permainan yang juga menarik iaitu Boom Beach dan Hay Day . Ketiga-tiga game ini telah berada 20 kelompk teratas permainan paling laris. Nampaknya tentu ada rahsia yang telah ditemui oleh Supercell dalam menjadikan setiap permainan yang mereka bangunkan menjadi hits. Kejayaan syarikat ini melalui game CoC tak lain dan bukan adalah kajian yang mendalam seb

Kehadiran Cahaya Mata Baru

Imej
Hampir terlupa Belalang untuk mengabdikan satu lagi sejarah baru dalam keluarga Belalang. Tak lama lagi Belalang dan Mrs.Belalang bakal menerima cahaya mata baru dalam keluarga ini. Gambar carian Google Belalang Jr. kini dah berusia 6 tahun. Belalang Jr. II pula dah berusia 3 tahun. Sebenarnya kehadiran orang baru ni tak dirancang langsung oleh kami berdua. Tetapi itulah rezeki. Walaupun ekonomi keluarga Belalang masih belum stabil tetapi Belalang tetap menerima kehadiran seorang lagi cahaya mata ini dengan syukur tidak terhingga. Ada orang dah kahwin hingga bertahun-tahun tetapi belum ada rezeki memiliki zuriat. Jadi kita yang miliki anak-anak perlu hargai pemberian tidak ternilai dari-Nya. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini akan lebih merapatkan hubungan kami sekeluarha dan kehadirannya menceriakan lagi hari-hari kami. Terima kasih kerana membaca

Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Imej
Inilah kehidupan seorang blogger... Apa sahaja yang boleh ditulis, boleh direview, habis semua ditulisnya. Termasuk la Belalang, kali ni Belalang nak review tentang dua keretapi tanah melayu berhad (KTMB) iaitu keretapi Senandung Langkawi dan Ekspress Rakyat yang Belalang naik baru-baru ni. Baru-baru ni Belalang ada sedikit urusan di Kuala Kangsar. Entah macam mana Mrs.Belalang ajak naik keretapi untuk kesana. Lagipun adik Mrs.Belalang tinggal di Kuala kangsar, Rumahnya sangat hampir dengan stesen keretapi di sana. Pada awalnya Belalang cuba memeriksa jadual perjalanan keretapi dari Bukit Mertajam ke Kuala Kangsar di internet. Tetapi malangnya Belalang tak temui laman web yang betul. Jadual perjalanannya juga tidak disediakan. Malah lebih tak best nombor telefon pejabat KTMB yang Belalang perolehi di internet juga adalah talian yang telah tamat perkhidmatannya. Dengan menaiki motosikal, Belalang terus beli tiket keretapi untuk ke Kuala Kangsar di stesen KTMB Bukit Mertajam. Ru

Pengalaman Baik Dan Buruk Bisnes Burger

Imej
Sekitar tahun 2000 Belalang pernah mempunyai sebuah gerai burger. Sebenarnya itulah pengalaman pertama berharga berkaitan perniagaan yang Belalang perolehi dalam hidup. Kali ini Belalang ingin kongsikan pengalaman baik dan buruk bisnes burger yang pernah Belalang lalui. Waktu itu Belalang menjalankan bisnes burger secara part time. Apabila pulang dari kolej, Belalang akan terus pergi beli bahan-bahan mentah seperti roti, daging burger dan sayur. Letih juga sebenarnya terpaksa belajar dan berniaga, tetapi ia tetap menyeronokkan kerana berniaga burger bagi Belalang sememangnya enjoy! Gambar carian Google Sewaktu memulakan perniagaan ini, Belalang mengeluarkan modal kira-kira RM500. Gerai burger Belalang dibeli daripada kawan abang. Gerai yang dibeli bukanlah gerai stainless steel, sebaliknya hanya dibuat menggunakan papan lapis dan kain terpal. Pada hari pertama berniaga, memang sangat kalut kerana Belalang dan kawan-kawan yang membantu sememangnya zero dalam selok-be

Carian Main Dengan Nyonya Tua?

Imej
Pertengahan tahun 2012 Belalang ada berkongsikan pengalaman misteri Belalang bertemu seorang nyonya tua pada pukul 3 pagi (klik untuk membaca) . Ceritanya agak misteri berkaitan dengan satu kisah orang-orang lama di kawasan tersebut tentang penunggu kawasan itu. Tak disangka rupanya tulisan Belalang tentang nyonya tua itu sering menjadi carian oleh pengguna-pengguna internet. Tetapi yang peliknya mereka bukan cari kisah misteri atau hantu, sebaliknya carian mereka lebih kepada unsur lucah seperti main dengan nyonya tua, nyonya tua sedap dan lain-lain lagi keywords yang ngeri untuk ditulis. Hairan juga Belalang bagaimanakah Google boleh related kan blog ini dengan keywords begitu =,=! Dan yang lebih hairan ada juga yang mencari kata kunci-kata kunci sebegitu! Memang dunia nak terbalik betul. Dengan nyonya pun teringin ke? xD Kesimpulannya apa sahaja kata kunci berkaitan seks di internet, ia sangat dicari-cari oleh pengguna hatta kata kunci yang dicari itu bagi kita kedenga

Gatal-gatal Pada Tapak Kaki Rupanya Ekzema (Eczema)

Imej
Baru-baru ni Belalang mengalami masalah seperti gatal-gatal pada tapak kaki kiri. Masalah menjadi lebih serius apabila Belalang langsung tak dapat memijak lantai selepas menghadiri satu majlis rasmi di mana seharian Belalang mengenakan kasut bertutup. Hampir sebulan lamanya Belalang tak dapat berjalan, nak memandu pun tak selesa kerana sakit sangat bila tekan pedal. Belalang tak ambil apa-apa ubat kerana menyangkakan masalah ini hanya gatal-gatal biasa. Setelah hampir sebulan masalah ini berlaku, Belalang lihat kaki Belalang beransur-ansur pulih. Tetapi dua hari sudah Belalang lihat ia kembali bernanah dan mengeluarkan air bisa. Gambar di atas sengaja Belalang buat hitam putih supaya anda tak terlalu ngeri untuk melihatnya :) Disebabkan itu Kelmarin Belalang pergi mengambil ubat di klinik Dr.Ismail, antara klinik yang lama di Kulim. Bagi Belalang klinik doktor Ismail ubat-ubat yang disediakannya sememangnya terbaik. Walaupun mahal sedikit tetapi ia mampu memu

Bagaimana Nak Buka Lebih Dari Satu Akaun Facebook Pada Telefon Android?

Imej
Baru-baru ni ketika Belalang sedang kaji kata-kata kunci atau keywords yang singgah ke blog Encik Bell, Belalang lihat ada beberapa kata carian bagaimana nak buka lebih satu akaun Facebook pada Telefon Android . Walaupun tak tinggi cariannya, tetapi terasa macam nak kongsi pula memandangkan ada juga pengguna yang tak tahu. Sebelum ini sewaktu masih aktif berblog Belalang pernah menulis tentang Bagaimana Caranya Untuk Gunakan Dua Akaun Facebook Berbeza Dalam Satu Masa? Jika anda mahu membacanya, klik pada tulisan berwarna hijau tersebut. Untuk membuka lebih daripada satu akaun Facebook (FB) di telefon bukanlah sesuatu yang susah. Pertama sekali anda sudah semestinya memuat turun aplikasi FB rasmi di Google Play. Gunakan FB ini sebagai akaun utama anda. Rujuk gambar di atas icon FB tersebut. Untuk akaun kedua, anda perlu muat turun aplikasi Opera Mini . Juga boleh didapati di Google Play. Melalui Opera Mini, anda boleh buka akaun FB anda yang kedua tanpa m

Sedapnya Karipap Roti Gardenia Mrs.Belalang

Imej
Semalam Mrs .Belalang  telah sediakan karipap roti gardenia kepada Belalang dan anak-anak. Sebelum ini pun Mrs.Belalang pernah buat beberapa kali. Biasanya Mrs.Belalang akan sediakan menu ini sekiranya roti gardenia yang ada masih tak luak atau dah hampir dengan tarikh luput. Kebetulan semalam sewaktu Mrs.Belalang sedang sediakannya, Belalang ada sekali di dapur. Alang-alang dah kembali aktif berblog, Belalang pun tangkap gambar dari mula Mrs.Belalang sediakannya sampai siap. Bahan-bahan karipap roti gardenia - Roti gardenia - Inti terpulang pada citarasa anda samada ubi, sardin, telur atau apa-apa inti yang anda suka. - Acuan karipap, jika tiada guna cawan pun boleh Cara buat rujuk pada gambar. Gambar satu dan dua, sediakan roti. Jika perlu dileperkan pun boleh. Gambar tiga dan empat letakkan inti. Semalam Mrs.Belalang buat inti ayam. Gambar nombor lima gunakan acuan karipap dan kepit roti bersama inti tadi. Gambar nombor enam roti

Roti Berkulat Sebelum Tarikh Luput

Imej
Petang tadi mak saudara Belalang datang ke rumah. Sahaja dia singgah hanya untuk borak-borak kosong. Kebiasaannya mak saudara Belalang ni tak pernah datang dengan tangan kosong. Begitu juga dengan petang ini. Datangnya bersama-sama tiga jenis roti yang dibelinya di kedai kek kulim hi-tech. Kegemaran Belalang sememangnya roti yang diletakkan daging hot dog di atasnya. Kiranya bila terpandang sahaja roti tu, memang tak tunggu lama, terus saja Belalang buka untuk makan. Belalang makan bersama Belalang Jr. dan adik Belalang Jr. Sambil suap mereka, sambil masuk ke mulut Belalang sedikit. Ketika kali ke tiga Belalang masukkan roti ke mulut, Belalang terpandang sesuatu yang berbulu di atas daging hot dog. Ya, tak salah lagi roti ini sudahpun berkulat! Yakkk Belalang terus ambil dan lihat tarikh luput yang tertera pada plastik. Tarikh luputnya esok. Tetapi malangnya roti ini sudah berkulat sebelum sampai tarikh luput. Walaupun dua lagi roti yang dibeli bersama te

Bagaimana Menggunakan Dua Akaun Instagram Pada Satu Masa

Imej
Sebelum ini Belalang dah kongsikan sebab mengapa perlu guna Instagram jana pendapatan online . Kali ni Belalang nak kongsikan bagaimana untuk gunakan dua akaun Instagram pada masa yang sama di telefon yang sama . Ramai orang yang leceh untuk ada lebih dari satu akaun kerana jika anda punyai dua akaun, anda perlu log keluar akaun pertama terlebih dahulu dan log masuk akaun baru. Tetapi semua ini boleh diselesaikan jika anda memuat turun Instwogram pada telefon anda!   contoh paparan pada telefon (abaikan game-game yang ada) Sangat mudah menggunakan Instwogram kerana dari paparan dan cara mengendalikannya semuanya sama dengan Instagram. Dua akaun dibuka pada masa yang sama Dengan cara ini anda sudah punyai dua akaun dan tak perlu lagi log keluar untuk guna akaun kedua. Belalang gunakan dua akaun, satu akaun personal, satu lagi akaun untuk bisnes dan iklan. Bagaimana untuk memuat turun aplikasi ini? Di Google store memang tiada. Jadi anda boleh memuat turunny

Sebab Mengapa Perlu Guna Instagram Jana Pendapatan Online

Imej
Adakah anda diantara orang-orang yang sedang menjana pendapatan online di Instagram ? Jika ya, tahniah Belalang ucapkan! Belalang ni baru saja berjinak-jinak guna Instagram. Sekarang baru sedar mengapa perlu guna Instagram untuk jana pendapatan. Pada mulanya Belalang rasanya seperti Instagram ini hanya sesuai untuk mereka yang gila bergambar dan selfie. Kerana Belalang tidak suka bergambar, jadi Belalang langsung tak pernah ambil kisah tentangnya. Sehinggalah Belalang temui rahsia tentangnya di sini (klik) , barulah Belalang sedar potensi yang ada di Instagram. Sedikit tips atau cara yang Belalang rasa perlu anda lakukan bagi memulakan bisnes anda di Instagram- 1. Gambar Tak dinafikan yang Instagram diwujudkan untuk pengguna berkongsi gambar. Jadi sudah tentulah perkara utamanya juga berkaitan dengan gambar. Pastikan gambar anda menarik dan jelas. Jika anda seorang jurugambar perkahwinan dan sebagainya, mana tahu dengan hasil kerja yang kemas pasti akan ada yang hu

Setahun Menghilang | Blog Membina Pendapatan Pasif

Imej
Setahun lamanya Belalang hilang dari dunia blog. Bukan tiada masa untuk update, tetapi diri ni terasa seperti tiada 'nafsu' untuk menulis. Ni mesti ada yang guna-gunakan Belalang ni. Cis! Akhirnya baru-baru datang kembali kerinduan untuk update blog setelah melihat rakan-rakan blog yang Belalang kenal sekian lama masih lagi setia dan sangat rajin berblog. Harapnya kali ni lama la sikit kerajinan ini melekat di diri :) Walaupun setahun Belalang langsung tak update mana-mana blog yang ada , tetapi blog-blog ini masih menjana pendapatan. Alhamdulillah. Print screen di atas adalah kedudukan Belalang sebagai affiliate di Ashadee untuk tahun 2014. Nama Belalang masih mampu tersenarai dalam 100 top affiliate . Walaupun jatuh 50 anak tangga berbanding tahun 2013, tetapi ia masih lagi dikira sesuatu yang sangat hebat sebab Belalang memang tak buat apa-apa! Banyak ke pendapatan? Tak adalah banyak mana. Lebih kurang sama dengan bonus ASB je. Jadi la untuk buat