Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Cara bermain Game PSP di Telefon Android | Download Emulator PPSSPP

Imej
Zaman bermain Playstation atau singkatan sebutannya PS pasti dirindui oleh kaki-kaki gamers. Baik PS1 atau PSX hingga ke PS2 pasti kebanyakkan dari kita pernah memilikinya. Belalang sendiri sewaktu awal-awal berkahwin masih addict bermain PS2. Nak beli PS3 atau PS4 tak mampu dah sebab terlalu mahal. Anda tahu tak yang telefon android yang anda miliki boleh digunakan untuk bermain game-game dari PSX, PS2, PSP dan Game Boy Advance (GBA)? Kalau tak tahu, sila tepuk tangan sebab kali ini Belalang nak kongsikan cara bermain game PSP di telefon Android . Print Screen Dari Telefon Belalang Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi atau disebut sebagai emulator PPSSPP gold . Anda boleh memuat turun emulator tersebut disini EMULATOR PPSSPP GOLD (KLIK SINI) Belalang kurang pasti link yang Belalang kongsikan di atas ini emulator full version atau berbayar. sekiranya berbayar, minta maaf la ye. Sila-sila bertanya pada encik Google untuk mencari crack f

Beraya Di Baling Tanpa Air

Imej
Masih belum terlambat untuk Belalang ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada pembaca blog ini. Alhamdulillah raya tahun ini segalanya berjalan lancar walaupun di kampung Belalang di Baling menghadapi masalah tiada air. Masalah air bermula sebelum puasa lagi dan menjadi semakin teruk pada hari raya baru-baru ini. Bayangkan dengan tetamu silih berganti datang ke rumah. Pinggan mangkuk perlu dicuci tetapi air yang dibekalkan oleh SADA sangatlah terhad. Sehingga ke hari ini masalah air belum selesai lagi. Harapnya pihak SADA dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Dah terlalu lama berlarutan dan ia menyulitkan urusan penduduk di sana. Sebelum Belalang akhiri tulisan ini, sekali lagi Belalang ingin mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin :)

Berjaya Berpuasa Penuh!

Imej
Sebelum ini Belalang ada kongsikan tentang Belalang Jr. yang belajar untuk berpuasa pada hari pertama puasa. Sebenarnya puasa pada hari pertama Belalang Jr. hanya bertahan hingga pukul 3 petang. Lepas tu dia dah tak tahan bila adiknya dia datang makan di depan dia. Dugaan betul tu. Hahaha... Tetapi Belalang tak berikan sebarang tekanan kepada Belalang Jr. Sebaliknya Belalang berikan kata-kata pujian seperti bangga dengan semangat dia dan sebagainya. Hasilnya, kelmarin untuk hari kedua berpuasa Belalang Jr. dah berjaya menahan dirinya dari hingga tiba waktu berbuka! Terkejut juga Belalang waktu baru sampai ke rumah lepas balik kerja dan diberi tahu oleh Mrs.Belalang. Bangga juga rasa dihati dengan semangat yang ditunjukkan oleh Belalang Jr. Untuk meraikan kejayaan dia berpuasa penuh dan juga menyambut harijadi Mrs.Belalang yang juga jatuh pada hari kelmarin, Belalang sekeluarga berbuka puasa di sebuah kedai nasi arab dalam kawasan Kulim juga. Hari ini Belalang Jr.

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang telah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang lumayan oleh-Nya. Amat rugi rasanya jika kita tidak memanfaatkan sebaik mungkin segala ganjaran yang dijanjikan pada bulan ini. Untuk puasa hari pertama ini, Belalang bekerja seperti biasa. Jika diikutkan negerri Kedah akan bercuti pada setiap kali puasa pertama. Tetapi memandangkan Belalang bekerja di kawasan yang berada di negeri Pulau Pinang, makanya tiadalah cuti pada hari ini. Puasa kali ini ada sesuatu yang istimewa pada Belalang. Manakan tidak, hari ini adalah hari pertama Belalang.Jr belajar berpuasa. Bermula dari sahur tadi, nampak dia begitu teruja untuk berpuasa. Harapnya hingga waktu berbuka nantilah Belalang.Jr mampu mengharunginya. Tetapi jika sebaliknya, Belalang tetap berbangga dengan semangat nak ber

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Imej
Seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status tentang kemalangan berpunca dari troli membawa barang di Tesco Kulim yang rodanya tidak mencengkam pada travelator. Status bersama dua keping gambar kejadian yang dimuat naik ke group Info Cegah Jenayah @ Kulim, dikatakan berlaku 10 malam 20 Mei, telah mendapat respon dari pemilik-pemilik akaun yang lain. Kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang pengunjung pasaraya tersebut mengalami kecederaan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa. Rata-rata pemilik akaun meluahkan pendapat tentang kebanyakkan troli membawa barang di Tesco Kulim menghadapi masalah pada roda. Pendapat itu mendapat sokongan dari pengguna lain yang memberikan pendapat hampir sama tentang masalah tersebut. Namun ketika punca dilihat seperti kesalahan pihak Tesco, tampil seorang lagi pemilik akaun Facebook menyatakan yang pelanggan terbabit tidak menggunakan troli barangan yang disediakan oleh pihak Tesco. sebaliknya, pengguna tersebut

Whatsapp Kini Boleh Bold, Italics Dan Tilde

Imej
Seronok pula bila Whatsapp update fungsi mereka yang terbaru iaitu Whatsapp kini boleh bold, italics dan tilde . Dengan fungsi terbaru ni, dapatlah pengguna membezakan tulisan-tulisan dalam Whatsapp. Mungki  untuk tajuk boleh digunakan bold. Untuk tulisan yang menarik gunakan italics dan tilde untuk potongan ayat... Hehehe Bagaimana pun fungsi ini hanya boleh digunakan selepas anda update Whatsapp terbaru. Kepada yang belum mencuba, silakan mencubanya dan jangan lupa ajak kawan-kawan sekali :) Terima kasih kerana membaca..

JDT vs Kedah 30 April 2016 | Gambar Kretif Penyokong

Imej
Kurang dari satu jam saja lagi sepak mula perlawanan suku akhir kedua piala FA JDT vs Kedah 30 April 2016 akan bermula. Baik penyokong JDT mahu pun Kedah kedua-duanya berdebar-debar menantikan perlawanan ini. Disini Belalang sempat mengambil beberapa keping gambar kreatif yang dihasilkan kedua-dua penyokong pasukan Kedah dan JDT yang ada antaranya lucu. Jom kita tengok gambar-gambar kreatif JDT vs Kedah 30 April 2016 ini.

Big Screen Separuh Akhir Kedua Piala FA | JDT vs Kedah | 30 April 2016

Imej
Bahang kehangatan separuh akhir kedua piala FA antara JDT dan Kedah pada 30 April 2016 ini sememangnya dirasai oleh semua peminat bola sepak negeri Kedah. Malah tak salah jika Belalang katakan bukan sahaja peminat bola sepak dua negeri ini yang ternanti-nantikan perlawanan ini, tetapi seluruh peminat bola tanah air menantikan perlawanan mendebarkan ini. Di negeri Kedah khususnya, banyak sekali tempat yang menawarkan tayangan big screen kepada orang ramai yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung di Stadium Larkin, Johor Bahru. Majlis Perbandaran Kulim (MPK) juga tidak mahu ketinggalan memeriahkan perlawanan ini apabila menaikkan big screen perlawanan JDT vs Kedah 30 April 2016 ini di Padang Awam Kulim secara langsung. Poster tentang tayangan perlawanan ini juga sudah mula viral di media-media sosial dan Whatsapp group. Belalang sendiri pun berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni. Belalang pasti kedah mampu mengejutkan skuad JDT berdasar

Anda Blogger? Pasti Pernah Hadapi Masalah Ini...

Imej
Idea oh idea... inilah masalah seorang blogger. Kadang-kadang kekeringan idea sampai tak tahu hujung pangkal nak tulis. Kadang-kala pula idea banyak, tapi tak tahu nak diolah bagaimana supaya ia dapat diterjemahkan didalam bentuk penulisan sekaligus menjadi santapan minda pembaca. Belalang dah jatuh dalam golongan yang kedua. Ada cerita, tapi tak dapat nak olah. Tulis sikit padam. Datang ayat cantik singgah kejap dalam kepala seminit dua. Lepas tu hilang. Sudahnya terus kata "baik tak payah update teruslah". stress ke nak update blog? Tadi terbaca di blog Hasrul Hassan tentang '8 Cara Elakkan Rasa Kecewa Trafik Blog Jatuh' . Dari 8 tips yang HH berikan, ada diantaranya selalu juga belalang praktikkan seperti kitar semula entry lama yang masih mendapat sambutan dan relevan. memang menjadi cara ini. Anda pun boleh cuba. Jika anda juga sekarang ini sedang kekeringan idea, bolehlah singgah ke blog Hasrul Hassan dan ambil ilmu yang dicurahkan. Belal

Surprise Party Yang Sangatlah Surpise!

Imej
Hari Ahad yang lalu Mama dan Abah Belalang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-42. Bersempena hari bahagia itu, kami adik-beradik berpakat untuk adakan satu 'surpise party' untuk Mama dan Abah. Tempat yang dicadangkan adalah rumah Belalang sendiri. Abang dan kakak-kakak Belalang akan berkumpul disini. Rancang dibuat pada pukul 6 petang. Jadi memang tak apa sangatlah yang nak disediakan melainkan kek dan sedikit bihun dan bubur caca dari Mrs.Belalang Pada awalnya segala-galanya berjalan seperti yang dirancangkan. Hinggalah jam hampir memasuki 8 malam. Tiba-tiba sahaja seluruh taman bergelap! Ah, sudah... elektrik tak ada pula rupanya. Kalut Mrs.Belalang Whatsapp pada yang lain maklumkan tentang hal ini. Bincang punya bincang punya bincang punya bincang, akhirnya kami sepakat untuk teruskan jua 'surpise party' ini walau hanya diterangi cahaya lilin! Alhamdulillah semuanya berjalan juga dengan sempurna hingga ke pukul 12 malam sebelum aba

Petua Untuk Anak Tak Mahu Tidur Malam

Imej
Sekitar tahun 2012, Belalang pernah menulis satu entry bertajuk Anak Tak Mahu Tidur Malam | Apa Sebabnya? Disebabkan dengan penulisan itu, sehingga ke hari ini Belalang selalu menerima mesej di Facebook bertanyakan alamat ustaz yang mengubati anak sukar tidur malam . Ini la budak yang kecik-kecik dulu susah tidur malam. Sekarang dah besar :) Rupa-rupanya ramai dikalangan ibu bapa yang menghadapi masalah anak tak dapat tidur malam sama seperti Belalang hadapi. Kepada yang bertanyakan tentang ustaz tersebut, Belalang minta maaf sangat-sangat kerana tidak memberikan apa-apa jawapan. Ustaz yang mengubati anak Belalang, selepas segalanya selesai, Belalang tak tahu ke mana dia pindah. Minta maaf sangat-sangat. Tetapi ada satu petua yang pernah dikongsikan oleh ustaz tersebut kepada Belalang. Bukan petua tetapi ia lebih kepada amalan yang perlu dibuat jika anak anda terutama bayi yang masih kecil menangis tanpa henti diwaktu malam. Caranya adalah dengan azankan ke teling

Piko Si Kucing Jalanan

Imej
Ini Piko si kucing jalanan . Sangat nakal, penakut dan manja sangat-sangat dengan orang. Tak kisah langsung dilanyak oleh anak-anak. Kisah Piko ni bermula di pasar malam Kulim. Sewaktu sedang membeli sayur, anak kucing ni datang mengiaw di kaki. Belalang buat tak endah saja sebab memang tak mahu bela kucing memandangkan anak-anak masih kecil dan ada sejarah athma. Tetapi rupanya anak Belalang yang nombor dua tu dah pun kendong anak kucing ni sepanjang berjalan dalam pasar malam tu. Kucing ni pun macam tahu-tahu yang ia akan selamat dibela oleh kami. Dia diam saja tak cuba nak lari. Waktu naik kereta pun tak macam sesetengah kucing liar, takut-takut. Kini dah hampir sebulan kami membelanya. Walaupun Belalang tak mahu pada awalnya, tetapi demi anak-anak Belalang beralah. Jangan tanya mengapa namanya Piko sebab Belalang sendiri pun tak faham apalah sedapnya nama tu sampaikan anak-anak nak namakannya Piko. Harapnya jodoh Piko dengan keluarga kami panjang. Memanda

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Imej
Pada Sabtu yang lepas Belalang sekeluarga telah berkesempatan untuk berkunjung ke Kidland di Prangin Mall Pulau Pinang . Apa yang boleh Belalang kongsikan tempat ini memang terbaik untuk anak-anak. Konsepnya penerapan pembelajaran di dalam suasana bermain yang menyeronokkan. Pada awalnya Belalang tak bercadang langsung untuk datang ke sini. Kebetulan seorang kenalan Belalang telah berikan sekeping voucher Kidland bernilai RM50. Alang-alang dah ada voucher ditangan, Belalang terus sahaja membawa keluarga ke sini. Lokasi Kidland adalah di Prangin Mall yang terletak di jalan Dr.Lim Chwee Leong, hanya bersebelahan dengan bangunan komtar. Terletak di aras 4 dan 5 bangunan tersebut, sebaik meletakkan kenderaan kami sekeluarga terus menaiki lift menuju ke kidland. Dari jauh anak-anak dah terlajak excited bila nampak patung Transformers dan beberapa lagi mainan yang diletakkan di hadapan pintu masuk Kidland. Setiap kami mendaftar terlebih dahulu di hadapan pintu masuk da

Koleksi Po & Geng Di Tesco Malaysia | Kung Fu Panda 3

Imej
Bermula dari 10 Mac yang lalu hingga 1 Jun 2016 bersempena dengan tayangan Filem animasi Kung Fu Panda 3 , Tesco Malaysia telah mengadakan satu promosi koleksi Po & Geng . Belalang yang selalu membeli barang keperluan di Tesco, secara tidak langsung berpeluang untuk mengumpul dan menebus salah satu koleksi yang ditawarkan. Jika tak silap kesemua stiker ini Belalang kumpul dari pembelian barangan di Tesco Kulim. Seperti yang dapat anda lihat pada gambar diatas, dengan setiap pembelian Rm30 ke atas akan menerima sekeping stiker karikatur watak di dalam filem Kung Fu Panda 3. Anda perlu melekatkan stiker ini pada kertas khas yang diberikan. Selepas cukup kesemua 8 stiker, sila bawa ke kaunter khidmat pelanggan untuk membeli salah satu koleksi yang ada. Belalang mengambil colour changing mug dengan menambah lagi RM9.90. Sampai harini Belalang simpan elok-elok mug Kung Fu panda ni. Siap sorokkan dari anak-anak. Tersangatlah melebih-lebihnya kaum bapa ini. K