Risiko Terdedah Kepada Cuasa Panas

Belalang ada kongsikan tentang strok haba dan sembilan tips kekal sihat di media bawah tanah. sebenarnya risiko terdedah kepada cuaca panas ni memang dasyat.

Sebelum ini kita hanya dengar tentang serangan strok haba. Tetapi sebenarnya jika tededah kepada cuaca panas fizikal kita juga akan mengalami tekanan.

Risiko Terdedah Kepada Cuasa Panas

Jika merujuk kepada laman web info sihat milik kerajaan, golongan-golongan seperti pekerja buruh, orang dewasa 40 tahun ke atas, kanak-kanak 5 tahun ke bawah dan pengidap darah tinggi adalah golongan yang perlu berhati-hati ketika cuaca panas.

Golongan ini dinasihatkan jangan memakai pakaian tebal  kerana ia menghalang haba dari keluar.

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti sakit kepala, lemah otot mual dan rasa nak muntah, segeralah bawa mereka keluar daripada cuasa panas.

Berikan mereka minum air kosong dengan banyak dan pastikan kedudukan mereka dekat dengan kipas. Mandikan mereka sekiranya perlu.

Lain-lain cara anda boleh rujuk di blog Belalang yang satu lagi tu ye.

semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.

Ulasan