Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

JDT vs Kedah 30 April 2016 | Gambar Kretif Penyokong

Imej
Kurang dari satu jam saja lagi sepak mula perlawanan suku akhir kedua piala FA JDT vs Kedah 30 April 2016 akan bermula. Baik penyokong JDT mahu pun Kedah kedua-duanya berdebar-debar menantikan perlawanan ini. Disini Belalang sempat mengambil beberapa keping gambar kreatif yang dihasilkan kedua-dua penyokong pasukan Kedah dan JDT yang ada antaranya lucu. Jom kita tengok gambar-gambar kreatif JDT vs Kedah 30 April 2016 ini.

Big Screen Separuh Akhir Kedua Piala FA | JDT vs Kedah | 30 April 2016

Imej
Bahang kehangatan separuh akhir kedua piala FA antara JDT dan Kedah pada 30 April 2016 ini sememangnya dirasai oleh semua peminat bola sepak negeri Kedah. Malah tak salah jika Belalang katakan bukan sahaja peminat bola sepak dua negeri ini yang ternanti-nantikan perlawanan ini, tetapi seluruh peminat bola tanah air menantikan perlawanan mendebarkan ini. Di negeri Kedah khususnya, banyak sekali tempat yang menawarkan tayangan big screen kepada orang ramai yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung di Stadium Larkin, Johor Bahru. Majlis Perbandaran Kulim (MPK) juga tidak mahu ketinggalan memeriahkan perlawanan ini apabila menaikkan big screen perlawanan JDT vs Kedah 30 April 2016 ini di Padang Awam Kulim secara langsung. Poster tentang tayangan perlawanan ini juga sudah mula viral di media-media sosial dan Whatsapp group. Belalang sendiri pun berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni. Belalang pasti kedah mampu mengejutkan skuad JDT berdasar

Anda Blogger? Pasti Pernah Hadapi Masalah Ini...

Imej
Idea oh idea... inilah masalah seorang blogger. Kadang-kadang kekeringan idea sampai tak tahu hujung pangkal nak tulis. Kadang-kala pula idea banyak, tapi tak tahu nak diolah bagaimana supaya ia dapat diterjemahkan didalam bentuk penulisan sekaligus menjadi santapan minda pembaca. Belalang dah jatuh dalam golongan yang kedua. Ada cerita, tapi tak dapat nak olah. Tulis sikit padam. Datang ayat cantik singgah kejap dalam kepala seminit dua. Lepas tu hilang. Sudahnya terus kata "baik tak payah update teruslah". stress ke nak update blog? Tadi terbaca di blog Hasrul Hassan tentang '8 Cara Elakkan Rasa Kecewa Trafik Blog Jatuh' . Dari 8 tips yang HH berikan, ada diantaranya selalu juga belalang praktikkan seperti kitar semula entry lama yang masih mendapat sambutan dan relevan. memang menjadi cara ini. Anda pun boleh cuba. Jika anda juga sekarang ini sedang kekeringan idea, bolehlah singgah ke blog Hasrul Hassan dan ambil ilmu yang dicurahkan. Belal

Surprise Party Yang Sangatlah Surpise!

Imej
Hari Ahad yang lalu Mama dan Abah Belalang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-42. Bersempena hari bahagia itu, kami adik-beradik berpakat untuk adakan satu 'surpise party' untuk Mama dan Abah. Tempat yang dicadangkan adalah rumah Belalang sendiri. Abang dan kakak-kakak Belalang akan berkumpul disini. Rancang dibuat pada pukul 6 petang. Jadi memang tak apa sangatlah yang nak disediakan melainkan kek dan sedikit bihun dan bubur caca dari Mrs.Belalang Pada awalnya segala-galanya berjalan seperti yang dirancangkan. Hinggalah jam hampir memasuki 8 malam. Tiba-tiba sahaja seluruh taman bergelap! Ah, sudah... elektrik tak ada pula rupanya. Kalut Mrs.Belalang Whatsapp pada yang lain maklumkan tentang hal ini. Bincang punya bincang punya bincang punya bincang, akhirnya kami sepakat untuk teruskan jua 'surpise party' ini walau hanya diterangi cahaya lilin! Alhamdulillah semuanya berjalan juga dengan sempurna hingga ke pukul 12 malam sebelum aba

Petua Untuk Anak Tak Mahu Tidur Malam

Imej
Sekitar tahun 2012, Belalang pernah menulis satu entry bertajuk Anak Tak Mahu Tidur Malam | Apa Sebabnya? Disebabkan dengan penulisan itu, sehingga ke hari ini Belalang selalu menerima mesej di Facebook bertanyakan alamat ustaz yang mengubati anak sukar tidur malam . Ini la budak yang kecik-kecik dulu susah tidur malam. Sekarang dah besar :) Rupa-rupanya ramai dikalangan ibu bapa yang menghadapi masalah anak tak dapat tidur malam sama seperti Belalang hadapi. Kepada yang bertanyakan tentang ustaz tersebut, Belalang minta maaf sangat-sangat kerana tidak memberikan apa-apa jawapan. Ustaz yang mengubati anak Belalang, selepas segalanya selesai, Belalang tak tahu ke mana dia pindah. Minta maaf sangat-sangat. Tetapi ada satu petua yang pernah dikongsikan oleh ustaz tersebut kepada Belalang. Bukan petua tetapi ia lebih kepada amalan yang perlu dibuat jika anak anda terutama bayi yang masih kecil menangis tanpa henti diwaktu malam. Caranya adalah dengan azankan ke teling

Piko Si Kucing Jalanan

Imej
Ini Piko si kucing jalanan . Sangat nakal, penakut dan manja sangat-sangat dengan orang. Tak kisah langsung dilanyak oleh anak-anak. Kisah Piko ni bermula di pasar malam Kulim. Sewaktu sedang membeli sayur, anak kucing ni datang mengiaw di kaki. Belalang buat tak endah saja sebab memang tak mahu bela kucing memandangkan anak-anak masih kecil dan ada sejarah athma. Tetapi rupanya anak Belalang yang nombor dua tu dah pun kendong anak kucing ni sepanjang berjalan dalam pasar malam tu. Kucing ni pun macam tahu-tahu yang ia akan selamat dibela oleh kami. Dia diam saja tak cuba nak lari. Waktu naik kereta pun tak macam sesetengah kucing liar, takut-takut. Kini dah hampir sebulan kami membelanya. Walaupun Belalang tak mahu pada awalnya, tetapi demi anak-anak Belalang beralah. Jangan tanya mengapa namanya Piko sebab Belalang sendiri pun tak faham apalah sedapnya nama tu sampaikan anak-anak nak namakannya Piko. Harapnya jodoh Piko dengan keluarga kami panjang. Memanda